Iman adalah suatu gambaran keyakinan pegangan manusia dalam hal-hal yang berkaitan Aqidah,
Secara mudahnya bagi memahami konsep tersebut ialah wujudnya kepercayaan antromopisme serta wujudnya pentanzihan secara mutlak terhadap hakikat ketuhanan itu sendiri...
Namun penilaiannya kini adakah manusia generasi sekarang yang dikenali dengan pelbagai gelaran yang diberikan oleh pemberi gelaran ini mampu bertahan serta mentanzihkan hak-hak ketuhanan yang dianjurkan dalam al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri..
Jika sebahagian daripada kita sedar kebenaran tersebut,, bangunlah dan buktikan bahawa keimanan kita ini melebihi segala-galanya yang menjangkaui kuasa-kuasa dari dunia yang didokong oleh kekuasaan manusia itu sendiri..
Mengapa dinyatakan begitu, jika dilihat kini manusia yang terdiri dari pelbagai institusi sosial ini tidak kiralah sama ada golongan awam mahupun inteletual adakah golongan tersebut mengakui hakikat keimanan ketuhanan yang sebenarnya yang dipupuk nilai-nilai dalam ajaran-ajaran Islam sebagaimana termaktub dalam acuan wahyu...
Jika kita berani nyatakan keimanan kita selama ini sememangnya benar-benar menurut acuan wahyu,,mengapakah masih berlaku ketundukkan terhadap perkara-perkara yang menjadikan nilai-nilai tauhid dan keimanan dicemari dengan kekuasaan kezaliman daripada tangan-tangan manusia itu sendiri..
Apa yang dibimbangi ialah adalah kita ini yang terdiri dari pelbagai institusi sosial ini akan hanyut dibuai kekuasaan dunia disamping mencari-mencari produk-produk untuk ingin lama bertahta sebagai khalifah yang hilang nilai intrinsik keagamaan itu sendiri.. Dimanakah kita dalam mencari kebenaran serta dimanakah kita dalam menolak kebatilan...Adakah kita tidak ada keyakinan untuk berpegang dengan dalil-dalil Al-Quran..
marilah kita renungkan kembali Firman yang mafhumnya :
“Apabila datangnya seruan kebenaran itu, maka musnahlah kebatilan”
Apakah kita tidak menyakininya,,, jika kita benar-benar yakin bahawa segala urusan mengenai kehidupan makhluk-makhluk di dunia sememangnya diuruskan oleh Allah.. mengapakah kita harus gentar menentang kezaliman serta menolak kebatilan...
Adakah kita hanya menjadi air yang disistemkan saliran untuk dialirkan saluran tersebut..tanpa mampu bagi kita untuk bangun menentang dan menolak kebatilan hanya kerana kita telah disistemkan...
Ah..jika begitulah pandangan kita nilailah semula dimanakah kita sebenarnya.. fikirlah antara hidup yang sementara ataupun hidup selepas kematian yang kekal... jika segala amalan kita dalam perlakuan,perbuatan dan juga lisan kita ini dirasakan selari dengan kehendak syarak maka bergembiralah kita dengan ganjaran Allah..namun bagaimanakah jika sebaliknya?? suatu pencarian..
Oleh itu, sedarlah dan bangunlah dengan anjakan paradigma yang baru..bersama-sama kita semaikan kembali sinar kegemilangan Islam itu sendiri.. selain itu, nilailah iman kita adakah kepercayaan yang kita fahami kini bertepatan dengan kehendak syarak...dan jauhilah kita daripada gambaran manusia yang digambarkan dalam sabda Rasulullah yang mafhum iaitu manusia diakhir zaman ini Iman mereka diratah oleh Yahudi dan Nasrani kerana kecintaan mereka terhadap dunia dan takutkan mati..nilailah di mana IMAN kita sebenarnya..
Akhir bicara..
Seronoklah dengan cabaran yang menimpa...
Tanda redha Islam sebagai Agama...
Penilaian terhadap ummah di Akhir Zaman..
Bersatu Atas Aqidah yang Satu...
Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi golongan yang mendambakannya..
1 comment:
iman malaikat tidak berubah,iman nabi semakin meningkat,iman manusia biasa turun naik...oleh itu berdoalah selalu agar Allah tetapkan iman kita kepadaNYA walau d mana berada...amin....
Post a Comment