Saturday, May 22, 2010

MANUSIA YANG ALPA SUATU PENCARIAN ...

Jika kita bersama merenung ayat suci Al-Quran surah Al-Imran ayat 185 yang bermaksud :

“ tiap-tiap jiwa ini pasti merasai mati, Dan sesungguhnya pada hari Qiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Api Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya beruntunglah ia. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”

Jika kita melihat tafsiran ini secara jelasnya mendorong manusia menginsafi bahawa manusia itu pasti merasai kematian.. Gesaan yang ditegaskan oleh Allah dalam ayat ini ialah mengajak manusia untuk merenungi kematian itu sebagai memberi tanbih (peringatan) agar manusia ini tidak leka mahupun alpa dalam mengejar status keduniaan seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu hanyalah seperti (mata’un al-ghurur) kesenangan yang memperdayakan manusia..

Namun dalam ayat tersebut juga menggambarkan sesiapa yang dijauhkan dari Api Neraka ini akan dimasukkan di dalam syurga yang pastinya menjadi nikmat yang abadi kepada manusia dengan syarat sentiasa mencintai serta mensyukuri segala nikmat Allah tidak kira sama ada perkara yang diberikan itu dinilai sebagai musibah pada pandangan manusia... namun yang pastinya setiap perkara yang dikurniakan Allah tidak kira baik ataupun buruk pastinya mempunyai hikmat dan nikmat disebalik segala yang berlaku...

Secara jelasnya ayat tersebut mendidik manusia ini agar sentiasa beringat mengenai kematian dan juga mendorong manusia untuk beramal dalam erti bersyukur dalam pelbagai aspek kehidupan manusia... ataupun dengan kata yang lain mengajak manusia menginsafi nilai dunia ini jika dibandingkan dengan Akhirat yang sememangnya pasti dan kekal menanti kedatangan manusia untuk menempuhi hidup yang selepas mati..

Namun yang menjadi persoalan kini,, adakah kita tergolong dalam golongan yang dijauhkan daripada Azab Allah S.W.T ataupun kita ini menjadi tawanan dan hamba seksaan dalam neraka... muhasabahlah jiwa berta’aqul bersama mengenang citra kehidupan dunia ini yang pasti tidak akan kekal dan sememangnya akan fana dengan qudrat Allah yang Maha Agung...

Tentukanlah pilihan kita sekarang sama ada mengejar Dunia mahupun Akhirat... namun yang pastinya seimbangkan antara kedua-dua barulah digelar sebagai ummah yang sentiasa bersederhana insyaallah..

Renungankanlah bersama renungan syair silam agar menjadi cebisan pedoman bagi golongan yang mengambil iktibar...insyaallah

“Mereka bersenang lenang dengan angan-angan khayalan,
“Sedangkan segala pemberian adalah ujian ,
“Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan,
“Namun sesungguhnya mereka belum pun bertemu ujian,

No comments: