Thursday, March 21, 2013

KEM IBADAT SMART SOLAT '13

KEM iBADAH SMART SOLAT '13

Pada 14 hingga 17 Mac yang lalu, Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH) telah menganjurkan satu program Kem Ibadah SMART Solat bertempat di SMKA Durian Guling, Marang Terengganu. Kem tersebut telah di hadiri seramai 133 orang peserta terdiri dari pelajar tingkatan dua sekolah tersebut. Seramai 36 orang fasilitator dari ahli Kelab Usuluddin dan Falsafah telah turut serta menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam.


Antara objektif program ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar SMKA DG mengenai kaedah solat yang sempurna berdasarkan riwayat-riwayat dari hadis Nabi s.a.w yang shahih dari sumber kitab hadis dan fiqh yang muktabar. Selain memberi pendedahan solat yang sempurna, program ini bertujuan untuk memeberikan pendedahan kepada ahli kufah secara amnya mengenai pengamalan dan masalah yang terdapat  dalam masyarakat diluar sana disamping membina keyakinan para ahli untuk bercakap dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat. Program berakhir dengan majlis perasmian penutupan yang dihadiri oleh wakil dari ukm iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Sunawari Bin Long dan wakil dari SMKA DG iaitu Puan Hafizah binti Said selaku Penolong Kanan 1. Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan secara konsisten pada masa akan datang dengan sokongan dari semua pihak.




No comments: