Saff Kepimpinan Kufah Sesi 2013/2014
Belum Berpunya? Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya
Pasangan hidup adalah salah satu dari
stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah
kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan
membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah
bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat
lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung
datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih
belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari
kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang
lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan
memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat
kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan
itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.
Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang
lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada
kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan
kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive
1 comment:
The Gaming Authority of Gambling
The 양주 출장안마 Gaming Authority of Gambling, a 상주 출장샵 leading body in 문경 출장샵 gambling laws for gambling in the United States, reviews each gambling casino from the Mar 울산광역 출장안마 1, 광명 출장마사지 2021 · Uploaded by DSI
Post a Comment