Thursday, February 10, 2011

Pencinta Kucing

Sebanyak 500 ekor kucing ini ditempatkan di satu kawasan lapang di Ponte Vedra Beach, Florida. Kira-kira 100 ekar tanah lapang dijadikan 'syurga' kucing. Ia dibina pada 2003 oleh Craig Grant. Yang menariknya, kucing ini adalah kucing terbuang dan kemudiannya tempat ini boleh dikatan sebagai 'rumah perlindungan untuk kucing'. Keunikannya kawasan 'syurga kucing' ini adalah terdapat rumah-rumah kecil yang menempatkan 'rumah' masing-masing, sebuah gereja, sebuah kolam, dan juga kincir air!






Kucing-kucing terbuang - masih ada yang peduli. Dari mati dijalan sebagai mati katak.

Rumah kecil yang comel.


Saya rasa ini gereja. Kucing pun ber'gereja' jugak?


Siap ada langsir warna merah lagi di rumah-rumah comel kucing ini.


Macam istana pun ada. :)






Sekitar rumah-rumah kucing.




Kolam dan kincir air untuk kemudahan kucing-kucing.



Sempat beri pose terbaik dihadapan rumah sendiri.



Kasihnya non muslim ini pada kucing sahabat Rasulullah ini. Anda? Bagaimana? Kadang-kadang saya rasa sedih dan separuh hati macam hilang bila tengok kucing kena langgar dengan kereta. Memang, kucing tak pandai melintas. Tak pandai nak tengok kanan dan kiri. Sebab takdek akal. Tapi, bukankah manusia ada akal dan hati? Perlukah bawa laju-laju sampai tak hiraukan satu nyawa walaupun hanya seekor haiwan yang tak mungkin akan dibicarakan ke mahkamah dunia?

2 comments:

KAHINATA said...

menarik!! cute nyeeee!! comel jek rumah2 kucing tu~ heeehe. bgk sy kucing pon tau gak kot melintas, cuma segelintir tak bernasib baik barangkali. dr ayam yg lintas sesuka hati!! buatkan org gugup jek~!! *<--- pengalaman sebenar melanggar ayam. haitzz (-_-!) sorry ayam.

NajihahElFaizah said...

nasibla..ayam rabun ayam. keh3x.