Thursday, January 21, 2010

KENANGAN SYAIR SILAM,,,

Kadang-kadang kita ini sering kali sibuk dengan tugas seharian yang menjadi bebanan sehinggakan terlepas saat-saat indah dan penting dalam hidup kita tanpa menyedari bilakah masa tersebut berlalu...

Bersama-samalah kita renungkan sedikit syair dari penyair arab yang mungkin memberi kita mengenang semula kepentingan masa yang berlalu tanpa henti walau sesaat sekalipun...

Masa pasti menyusur pergi,
Masa yang dahulu menjadi saksi,
Sehari yang berlalu pergi,
Ke atas kamu dia menyaksi,

Jika semalam kau kesali,
Kerana menghinanya diri sendiri,
Hari ini berbuatlah bakti,
Agarmu menjadi yang terpuji,

Usah ditangguh amal bakti,
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin hari menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali,

Di hari kau mengatur strategi,
Sebarang tuah datang mendekati,
Hari tetap berlalu pergi,
Yang pergi takkan kembali...

No comments: