Sunday, January 31, 2010

TEMUDUGA TERBUKA!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Malaikat Maut

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
Sama2lah kita saling ingat mengingati bersama…

Friday, January 29, 2010

PeNGaLaMaN SeORaNG SaHaBaT!!!

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini... (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya oran
g ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku buka TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek.... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka...

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya..

risau gak kalau jadi camni kat malaysia

di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular

eNAM PERTANYAAN [Kata mutiara]

Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. ..
Lalu beliau mengajukan enam pertanyaan.. .

Pertama...
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini...???"
Murid-muridnya ada yang menjawab.... " orang tua", "guru", "teman", dan "kerabatnya" .

Sang Guru menjelaskan semua jawaban itu benar...
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "kematian".. .
Sebab kematian adalah PASTI adanya....

Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua...
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini...???"

Murid-muridnya ada yang menjawab... "negara Cina", "bulan", "matahari", dan "bintang-bintang" ...

Lalu Sang Guru menjelaskan bahwa semua jawaban yang diberikan adalah benar...
Tapi yang paling benar adalah "masa lalu"...

Siapa pun kita... bagaimana pun kita...dan betapa kayanya kita... tetap kita
TIDAK bisa kembali ke masa lalu...
Sebab itu kita harus menjaga hari ini... dan hari-hari yang akan datang..

Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga...
"Apa yang paling besar di dunia ini....???"
Murid-muridnya ada yang menjawab "gunung", "bumi", dan "matahari"... .

Semua jawaban itu benar kata Sang Guru ...
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"...

Banyak manusia menjadi celaka karena memperturutkan hawa nafsunya...
Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu duniawi ...
Karena itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini... jangan sampai
nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat)...

Pertanyaan keempat adalah....
"Apa yang paling berat di dunia ini...???"

Di antara muridnya ada yang menjawab... "baja", "besi", dan "gajah"...

"Semua jawaban hampir benar...", kata Sang Guru .
tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"...

Pertanyaan yang kelima adalah... "Apa yang paling ringan di dunia ini...???"

Ada yang menjawab "kapas", "angin", "debu", dan "daun-daunan" ...
"Semua itu benar...", kata Sang Guru...
tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan ibadah"...

Lalu pertanyaan keenam adalah...
"Apakah yang paling tajam di dunia ini...???"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak... "PEDANG...!! !"
"(hampir) Benar...", kata Sang Guru
tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia"...

Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati... dan
melukai perasaan saudaranya sendiri...

Sudahkah kita menjadi insan yang selalu ingat akan KEMATIAN...
senantiasa belajar dari MASA LALU...
dan tidak memperturutkan NAFSU...???
Sudahkah kita mampu MENGEMBAN AMANAH sekecil apapun...
dengan tidak MENINGGALKAN IBADAH....
serta senantiasa MENJAGA LIDAH kita....???

Thursday, January 28, 2010

Give thanks to GOD!!!!!

SOME VERY GOOD REASONS NOT TO COMPLAIN ABOUT YOUR LIFE!
1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
9.jpg
10.jpg

HANYA SATU KISAH!!!

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. 

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. 

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, 

“Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. 

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. 

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” 

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. 

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, 

“Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. 

Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. 

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, 

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” 

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak... 

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” 

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. 

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!” 

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. 

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. 

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. 

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. . 

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” 

Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: 

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” 

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” 

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. 

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” 

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” 

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, 

“Akak tak peduli apa orang lain kata.” 

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, 

“Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” 

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. 

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” 

“Adik kamu yang bersihkan... Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” 

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.. 

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 

“Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” 

Apalagi…aku menangis seperti selalu. 

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. 

“Adik takde pelajaran... Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” 

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. 

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. 

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, 

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?” 

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. 

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. 

“Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ” 

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” 

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. 

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Sunday, January 24, 2010

Minggu Usuluddin dan Falsafah

Minggu Usuluddin dan Falsafah, adalah satu-satu program julung kalinya di adakan pada pimpinan kali ini. Objektif utamanya, tak lain tak bukan; mengenalkan Usuluddin dan Falsafah pada semua mahasiswa/i.

Antara program yang di adakan pada Minggu Usuluddin dan Falsafah ini, adalah;

1. Pameran dan jualan.
2. Forum Akidah dan Falsafah, Satu Teras Modal Insan.
3. Persembahan Pantomen dan Majlis Penutupan.

Semoga program yang julung kali di adakan ini, menjadi pencetus kepada pimpinan akan datang, untuk mengekalkan program seumpama ini, yang menjadi titik tolak untuk pelajar-pelajar mengenali apa itu Usuluddin dan Falsafah.

Operasi Khidmat Masyarakat di Melaka


Barang-barang yang dibawa ke Melaka!


Program selama 4 hari ini berlangsung pada 1 Oktober hingga 4 Oktober 2009 ini bertempat di Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ;

Hari pertama : Penyerahan peserta kepada keluarga angkat.


Hari kedua :
Gotong royong menyediakan juadah. (Pagi)


(Petang) Kursus Pengurusan Jenazah


(Malam) : Ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman


Hari ketiga :

(pagi ) riadah


(petang) gotong royong

(malam) jamuan raya



Hari keempat : Pulang ke UKM. Alhamdulillah. Selamat pergi dan kembali.


kredit gambar : Kamal. Fatin. [siapa-siapa yang terlibat] Syukran. :)

Tinta Kasih di Raudhatus Sakinah


Pada 18 Julai 2009, bersamaan 25 Rejab 1430, BHES KUFAH telah mengadakan lawatan kebajikan di Raudhatus Sakinah, bertempat di Shah Alam, Selangor.


* Melahirkan siswi yang peka terhadap masalah sosial yang semakin menular.
* Mendidik siswi supaya sensitif dengan isu semasa.

Dialog Antara Agama

Penyertaan adalah percuma dan semua dijemput hadir..

Friday, January 22, 2010

Quran did not Burn inside the burning Car



Subhanallah : Quran did not Burn inside the burning Car

ADAB-ADAB IKHTILAF

Islam telah meletakkan sendi-sendi adab yang tinggi bagi seorang muslim yang berjalan di atas manhaj Sunnah, dalam pergaulannya bersama saudara-saudaranya ketika berselisih faham dengan mereka dalam masalah-masalah ijtihadiyah. Cukuplah kiranya, sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, pembawa rahmat dan petunjuk.

"Artinya : Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq-akhlaq yang mulia". [Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam 'Adabul Mufrad' dan Imam Ahmad. Lihat 'Silsilah Ash-shahihah 15']

Di antara adab-adab itu ialah :

1. Lapang dada menerima kritik yang sampai kepada anda untuk membetulkan kesalahan, dan hendaklah anda ketahui bahwa ini adalah nasehat yang dihadiahkan oleh saudara seiman anda. Ketahuilah ! Bahwa penolakan anda terhadap kebenaran dan kemarahan anda karena pembelaan terhadap diri adalah kesombongan -A'aadzanallah. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda. Sabda Baginda SAW :

"Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain". [Hadits Riwayat Muslim]

2. Hendaklah memilih kata-kata yang terbaik dan dalam berdiskusi atau berinteraksi dengan sesama saudara Muslim. Allah berfirman :

وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا َ

Terjemahan : ”Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” [Al-Baqarah : 83]

Dari Abu Darda' Radhiyallahu 'anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

" Tidak ada sesuatupun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat dibanding akhlaq yang baik, dan sesungguhnya Allah murka kepada orang yang keji dan buruk (akhlaknya)". [Hadits Riwayat Tirmidzi).

3. Hendaklah perbincangan yang dilakukan terhadap saudara sesama Muslim, dengan cara-cara yang paling baik bagi mencapai kesepakatan. Tujuan dalam komunikasi atau perbincangan hendaklah berdasarkan kebenaran semata-mata, bukan untuk membela hawa nafsu yang sering mengajak kepada keburukan. Akhlak anda ketika berbicara terletak pada keikhlasan seseorang itu.

Al-Hafizh Ibnu Abdil Bar menyebutkan dari Zakaria bin Yahya yang berkata : "Aku telah mendengar al-Ashma'i berkata : "Abdullah bin Hasan berkata : ”Perdebatan mulut akan merosakan persahabatan yang lama, dan memisahkan ikatan (persaudaraan) yang kuat, kesan yang paling sikit (adu mulut) akan menjadikan mughalabah (keinginan untuk saling mengalahkan) dan mughalabah adalah sebab terkuat putusnya ikatan persaudaraan.” [Mukhtasyar Jaami' Bayan al-Ilmi wa Fadlihi hal. 278]

Semoga posting terjemahan dari majalah al-Ashalah ini dapat memberikan kredit tambahan kefahaman para pembaca sekalian tentang Fiqh Ikhtilaf .

Kertas, Tisu dan Manusia

Kertas tisu – apa yang istimewanya pada sehelai kertas tisu, digunakan mungkin untuk membersihkan hingus, mungkin untuk mengelap tangan yang basah, mungkin untuk mencuci kasut yang kotor atau mungkin terletak didalam kereta tanpa disentuh oleh sesiapa hanya sebagai penghias didalam kenderaan semata-mata. Kadang kala peranannya begitu besar dan kadang kala begitu menjijikkan. Namun ia amat-amat diperlukan sehinggakan ada orang yang kaya raya dengan mengeluarkan kertas tisu sebagai hasil usaha pekerjaannya.

Jika kertas tisu mempunyai peranan yang tersendiri, bagaimana pula peranan kita sebagai manusia, yang dijadikan penuh dengan kesempurnaan, boleh berfikir, boleh berjalan, boleh melakukan banyak perkara didalam kehidupan. Apakah peranan yang boleh kita lakukan? Apakah tanggung jawab yang perlu kita laksanakan? Apakah pengorbanan yang perlu kita lakukan bagi memastikan kehidupan ini penuh dengan pengertian yang dikehendaki oleh Allah swt?

Firman Allah swt
”Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu. (50) Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain selain Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.(51) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu(56)” Az Zariyat 50-51 & 56

Peranan yang jelas untuk kita mentaati Allah swt dan tidak mengambil tuhan selain Allah untuk beribadah kepada Allah swt. Suatu peranan bukan untuk diketahui semata-mata tetapi untuk kita laksanakan didalam kehidupan. Sesuatu yang perlu dibuktikan didalam tindakan dan amal kehidupan yang perlu berasaskan kepada akidah yang jelas serta keikhlasan semata-mata kerana Allah swt. Sebagai seorang islam apakah pengertian ini telah menjiwai diri kita? Jika belum apakah kita akan mengambil keputusan untuk mencapai tujuan tersebut atau kita telah bermula dengan beberapa langkah, namun apakah langkah-langkah tersebut sudah memadai bagi diri kita untuk mendapat balasan yang terbaik dari Allah swt?

Kita perlu bermula dan langkah pertama adalah dengan menambahkan ilmu pengetahuan kita terhadap Islam itu sendiri, kita perlu sedar apakah pengertian Islam, bukan setakat islam disegi nama, bukan setakat telah melakukan solah tetapi lebih dari itu kerana Islam adalah sebuah sistem kehidupan yang mencakupi segala ruang lingkup kehidupan manusia. Bila kita melihat sebuah kereta kita akan menyetakan ianya sebuah kereta apabila kita melihat secara keseluruhan kereta tersebut, kita tidak memangil roda sebagai sebuah kereta, kita tidak memanggil stering kereta sebagai kereta, kita hanya memanggil kereta apabila semua peralatan yang ada pada sebuah kereta telah disusun dan dipasang dengan sempurna, serta boleh berfungsi dengan baik sekali. Walaupun telah dipasang dengan baik sekali tetapi tidak boleh berfungsi kita masih menyatakan tidak ada gunanya kerana peranan yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan. Apakah fungsi kita sebagai manusia dapat kita laksanakan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt? Allah hu alam

Thursday, January 21, 2010

perhatian

Salam Alaikum WBT.

Semoga dengan adanya blog ini, ahli kelab Usuluddin dan Falsafah, tak kira batch yang keberapa, boleh menyumbang apa sahaja yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli. Semoga sama-sama mengambil manfaat daripadanya. Allahu'alam.

Untuk menjadi contributor/ penyumbang dan menambahbaik atau cadangan mengenai kelab ini : alamatkan lontaran pandangan anda di kufah_ukm@yahoo.com atau komen disini.

Malah, kami dengan hormatnya, mempersilakan sesiapa sahaja yang kreatif lagi inovatif, untuk mereka header blog ini, atau apa-apa sahaja cadangan yang boleh dilakukan untuk menjadikan blog ini lebih ceria.

Allahu'alam.

Segala kerjasama dan jasa baik anda sangatlah dihargai. JZKK.

KENANGAN SYAIR SILAM,,,

Kadang-kadang kita ini sering kali sibuk dengan tugas seharian yang menjadi bebanan sehinggakan terlepas saat-saat indah dan penting dalam hidup kita tanpa menyedari bilakah masa tersebut berlalu...

Bersama-samalah kita renungkan sedikit syair dari penyair arab yang mungkin memberi kita mengenang semula kepentingan masa yang berlalu tanpa henti walau sesaat sekalipun...

Masa pasti menyusur pergi,
Masa yang dahulu menjadi saksi,
Sehari yang berlalu pergi,
Ke atas kamu dia menyaksi,

Jika semalam kau kesali,
Kerana menghinanya diri sendiri,
Hari ini berbuatlah bakti,
Agarmu menjadi yang terpuji,

Usah ditangguh amal bakti,
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin hari menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali,

Di hari kau mengatur strategi,
Sebarang tuah datang mendekati,
Hari tetap berlalu pergi,
Yang pergi takkan kembali...

KELAB USULUDDIN DAN FALSAFAH
WE LOVE CLUB THEOLOGY AND PHILOSOPHY

Wednesday, January 20, 2010

Salam Muhibbah

بسم الله الرحمن الرحيم......

قال مصنف رحمة الله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah hi Rabbil A'lamin.....dengan segala limpah kurnia dan Inayah-Nya maka terciptalah blogger bagi Kelab Usuluddin dan Falsafah buat tatapan student-student Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta tidak lupa bagi Alumni Jabatan Usuluddin dan Falsafah secara khususnya dan sidang pembaca sekalian.. Berdasarkan perancangan awal saff kepimpinan KUFAH 2008/2009 telah merancang untuk creat blogger bagi kemudahan dan informasi tentang program-program yang kami jalankan samaada sebelum atau selepas program, namun disebabkan sepanjang 2008/2009 KUFAH telah banyak merangka dan mengadakan program-program besar yang memerlukan perhatian yang penuh bagi saff kepimpinan KUFAH, perancancangan ini dirangka dengan tujuan agar KUFAH mampu mencapai hingga ke tahap global.

Dengan itu sama-samalah kita menguatkan tautan ukhwah disamping mengangkat martabat Kelab Usuluddin dan Falsafah di laman blogger ini.





Malam Graduan Kufah 2009

Meriah!!

Lokasi : Bangi Golf Resort, Bangi. 24 Mac 2009



Sempena meraikan tahun 3 yang bergraduasi.