Assalamulaikum w.b.t
Puji dan syukur kehadrat Allah atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya lebih-lebih anugerah 'Ijazah Syawal' selepas sebulan bermadrasah 'Ramadan'. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, murabbi agung kepada seluruh manusia.
Ucapan tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat di atas kejayaan dalam peperiksaan semester yang lepas. Mudah-mudahan menjadi pendorong semangat untuk kekal dan lebih maju pada semester kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada barisan jawatankuasa kecil yang banyak membantu dalam melaksanakan program-program kecil untuk keluarga kecil ini. Mohon maaf salah dan silap, sepanjang berkerjasama barangkali ada kelekaan dan kelalaian.
Semester baru bakal membuka tirai akhir tahun 2011. Yakin dan pasti, ramai yang tidak sabar untuk pulang ke UKM tercinta, maklumlah setelah hampir 4 bulan berehat di kampung halaman masing-masing. Pasti tidak sabar berkongsi dan bertukar-tukar cerita. Kehadiran mahasiswa baru dan semangat baru pasti menambah lagi kerinduan.
Oleh yang demikian, sebelum kaki-kaki kita melangkah keluar dari pintu rumah masing-masing, ayuh kita tanamkan niat yang tulus ikhlas untuk mencari redha Allah. Persiapakan diri kita dengan menghidupkan malam-malam dengan penuh kesungguhan, bermuhasabah dan bermunajat. Mudahan ada doa dari sahabat kalian untuk keluarga kecil ini agar menjadi lebih mantap dan siap siaga menempuh pengalaman-pengalaman dan menagih ilmu-ilmu baru di bumi wakafan UKM.
Akhirnya, selamat bermusafir kembali ke UKM, mulakan dengan solat sunat dan doa, jaga keselamatan diri dan bagasi-bagasi kalian dengan baik. Mudahan kita akan bertemu dengan wajah-wajah ceria dan ayuh kita fenomenakan ikatan ukhwah ini dengan menyambut baik program mahasiswa di universiti dan mengikat kembali ukhwah yang terbina sama ada mahasiswa baru atau yang lama khususnya di FPI mudahan-mudahan ada keberkatan yang Allah limpahkan ke atas kita sebagai bekal bertemu dengan-Nya.
Mohon maaf terlanjur kata, tersilap bicara dan terusik jiwa.
Ikhlas daripada,
Majlis Tertinggi KUFAH..
Majlis Tertinggi KUFAH..
No comments:
Post a Comment