Assalamualaikum wa bismillahirrahmnirrahim Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Khaliq, di atas nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan buat hamba-hambaNya tanda kasih dan cintaNya terhadap kita sebagai hambaNya.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w, wasilah tersebarnya Islam kepada kita sebagai umatnya. Mudah-mudahan Ramadhan yang pergi , menghadiahkan kemanisan syawal masih lagi berbaki..Mudahan dapat diisi dengan ibadah yang diredhai…Allahumma amiin..
Selamat Datang, Welcome dan ahlan wa sahlan buat adik-adik yang sudah hampir seminggu menempuhi sedikit-sebanyak ranjau-ranjau dalam kehidupan di Universiti. Selangkah kaki menjejaki Menara Ilmu tercinta menghadiahkan cetusan-cetusan kegusaran dalam minda dan jiwa adik-adik. Jangan dikhuatiri perasaan itu, minda yang intelek telah dipilih Allah s.w.t untuk mendalami mutiara-mutiara ilmuNya akan sentiasa dilindungi..
Adik-adik sudah bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang yang berintelektual tinggi serta berfikiran matang dalam mendepani cabaran menuntut ilmu di Universiti. Di antara ribuan dan jutaan pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran namun tidak bernasib baik.
Oleh yang demikian, peluang yang diberikan perlu digunakan sebaiknya dengan usaha yang tinggi dan gigih menuntut ilmu, perkongsian serta aplikasi ilmu dalam momentum yang menakjubkan. Mudahan kita dapat mengambil aplikasi
daripada Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Perbandingan apa yang Allah utuskan aku dari petunjuk dan ilmu adalah seperti hujan lebat yang menimpa bumi. Ada di antara bumi itu yang subur lagi boleh menerima air lalu ia menumbuhkan tumbuh2an dan rumput. Ada pula bumi itu yang keras yang tidak boleh menumbuhkan tumbuh2han tetapi ia boleh menakung air, manusia mendapat manfaat darinya, mereka minum, memberi minum, dan menggunakan untuk pertanian. Ada pula bumi yang rata, keras dan licin, ia tidak boleh menakung air dan tidak boleh menumbuhkan tumbuh2an”

Terdapat 3 golongan yang mendapat ilmu:
1. Bumi subur dan menumbuhkan tumbuh2an
golongan yang mendapat ilmu itu daripada Rasulullah s.a.w, dapat mengambil istinbat dari ilmu itu (memahaminya) dan beramal dengannya dan menyampaikkannya kepada orang lain.. ini adalah golongan yang beruntung dan mempunyai banyak pahala.
2. Tanah keras, tapi dapat menakung air
golongan yang mendapat ilmu dari Rasulullah s.a.w, tidak dapat mengambil istinbat dari ilmu itu tetapi dia menyampaikannya kepada orang lain. Juga beruntung jikala orang yang menerimanya lagi faqih padanya dan disampaikan pada yang lain.
3. Bumi yang rata, keras dan licin serta tidak dapat menakung air
golongan ini yang tidak mendapat ilmu daripada Rasulullah s.a.w, dan tidak dapat
menyampaikannya pada yang lain. Ini adalah golongan yang betul-betul rugi.
Mudah-mudahan dalam tempoh 3 tahun perjuangan kita di bumi UKM membuahkan hasil di mana kita semua peroleh titipan ilmu yang tidak ternilai harganya, sebagai makanan tarbiyah untuk menjadi mukmin professional, dan wasilah menghamparkan selautan ilmu Allah s.w.t di segenap muka bumi ini…
Wassalam..
Ikhlas dari Majlis Tertinggi KUFAH..
No comments:
Post a Comment