Wednesday, September 28, 2011

JAMUAN HARI RAYA 2011/2012


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur  ke hadrat ilahi kerana kita semua
masih diberi peluang dan ruang untuk terus bernafas dan bernyawa di muka bumi ini..
tanggal  23 September 2011 Jamuan Raya KUFAH telah diadakan dengan meriahnya
di foyer FPI..

Kehadiran sangat menggalakkan di kalangan pensyarah bersama keluarga dan anak-anak tercinta..
Pelajar-pelajar JUF juga turut hadir bagi menyempurnakan majlis Jamuan Hari Raya ini..
pelajar-pelajar yang hadir terdiri dari tahun 1 hingga tahun 3,
Senior-senior yang bakal graduate juga turut memeriahkan majlis hari Raya ini ..


Beberapa keping gambar yang menjadi memori pada Malam Jamuan Hari 
Raya JUF sesi 2011/2012..



Pengerusi Majlis- Saudara Noorizzat/tahun 2

Sungguh Rendang pohon rumbia,
tempat persinggahan si anak kera,
ketupat rendang sudah tersedia,
jemputlah semua menjamu selera..


Penaung JUF - Prof. Dr Ibrahim b.Abu Bakar..
Ayahanda kita iaitu ''ABI''...
seterusnya merasmikan Jamuan Hari Raya ini..

Sungai di susur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
kami menyusun sepuluh jari,
salah dan silap harap maafkan..


Barisan Pensyarah-Pensyarah JUF..



Juadah yang tersedia..
Hidangan yang menjadi tumpuan Utama dan paling laris..
" Sate"...


Barisan kepimpinan yang komited dan memberi komitmen 
yang tinggi untuk menjayakan majlis ini, dan juga semua yang terlibat dalam
menjayakan dan melancarkan program malam ini..terima kasih..


Semua memberikan tumpuan sepenuhnya sebelum 
menjamah makanan yang tersedia di depan mata..



Scene yang MENCUIT HATI ..
menyebabkan kita semua 
mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang telah berlalu,
Kanak-kanak si comel mendapat duit raya dari 'ABI'...
betapa riang dan gembiranya anak-anak pensyarah kita malam ini..





Masing-masing menikmati Juadah yang enak-enak belaka..

SESI FOTOGRAFI 
SEBAGAI PENUTUP MAJLIS MALAM INI..




 
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.....



" Berakhir sudah Jamuan Raya,
Semoga kita bertemu lagi.. "

..BERSATU BERSAMA MEMBINA UMMAH ..

Ma'as salamah wa ilalliqa'...
Wallahua'lam..

Sunday, September 25, 2011

CONGRAT

SELAMAT BERGRADUASI KEPADA BEKAS PELAJAR JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH 2008-2011

Monday, September 12, 2011

Buat Warga Kufah Tahun 1 sesi 2011/2012




Assalamualaikum wa bismillahirrahmnirrahim Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Khaliq, di atas nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan buat hamba-hambaNya tanda kasih dan cintaNya terhadap kita sebagai hambaNya.


Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w, wasilah tersebarnya Islam kepada kita sebagai umatnya. Mudah-mudahan Ramadhan yang pergi , menghadiahkan kemanisan syawal masih lagi berbaki..Mudahan dapat diisi dengan ibadah yang diredhai…Allahumma amiin..

Selamat Datang, Welcome dan ahlan wa sahlan buat adik-adik yang sudah hampir seminggu menempuhi sedikit-sebanyak ranjau-ranjau dalam kehidupan di Universiti. Selangkah kaki menjejaki Menara Ilmu tercinta menghadiahkan cetusan-cetusan kegusaran dalam minda dan jiwa adik-adik. Jangan dikhuatiri perasaan itu, minda yang intelek telah dipilih Allah s.w.t untuk mendalami mutiara-mutiara ilmuNya akan sentiasa dilindungi..
Adik-adik sudah bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang yang berintelektual tinggi serta berfikiran matang dalam mendepani cabaran menuntut ilmu di Universiti. Di antara ribuan dan jutaan pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran namun tidak bernasib baik.

Oleh yang demikian, peluang yang diberikan perlu digunakan sebaiknya dengan usaha yang tinggi dan gigih menuntut ilmu, perkongsian serta aplikasi ilmu dalam momentum yang menakjubkan. Mudahan kita dapat mengambil aplikasi 
daripada Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Perbandingan apa yang Allah utuskan aku dari petunjuk dan ilmu adalah seperti hujan lebat yang menimpa bumi. Ada di antara bumi itu yang subur lagi boleh menerima air lalu ia menumbuhkan tumbuh2an dan rumput. Ada pula bumi itu yang keras yang tidak boleh menumbuhkan tumbuh2han tetapi ia boleh menakung air, manusia mendapat manfaat darinya, mereka minum, memberi minum, dan menggunakan untuk pertanian. Ada pula bumi yang rata, keras dan licin, ia tidak boleh menakung air dan tidak boleh menumbuhkan tumbuh2an”

Terdapat 3 golongan yang mendapat ilmu:

1. Bumi subur dan menumbuhkan tumbuh2an

golongan yang mendapat ilmu itu daripada Rasulullah s.a.w, dapat mengambil istinbat dari ilmu itu (memahaminya) dan beramal dengannya dan menyampaikkannya kepada orang lain.. ini adalah golongan yang beruntung dan mempunyai banyak pahala.

2. Tanah keras, tapi dapat menakung air

golongan yang mendapat ilmu dari Rasulullah s.a.w, tidak dapat mengambil istinbat dari ilmu itu tetapi dia menyampaikannya kepada orang lain. Juga beruntung jikala orang yang menerimanya lagi faqih padanya dan disampaikan pada yang lain.

3. Bumi yang rata, keras dan licin serta tidak dapat menakung air

golongan ini yang tidak mendapat ilmu daripada Rasulullah s.a.w, dan tidak dapat 
menyampaikannya pada yang lain. Ini adalah golongan yang betul-betul rugi.
Mudah-mudahan dalam tempoh 3 tahun perjuangan kita di bumi UKM membuahkan hasil di mana kita semua peroleh titipan ilmu yang tidak ternilai harganya, sebagai makanan tarbiyah untuk menjadi mukmin professional, dan wasilah menghamparkan selautan ilmu Allah s.w.t di segenap muka bumi ini…

Wassalam..
Ikhlas dari Majlis Tertinggi KUFAH..

Thursday, September 8, 2011

Selamat Kembali Ke UKM




Assalamulaikum w.b.t


Puji dan syukur kehadrat Allah atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya lebih-lebih anugerah 'Ijazah Syawal' selepas sebulan bermadrasah 'Ramadan'. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, murabbi agung kepada seluruh manusia.

Ucapan tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat di atas kejayaan dalam peperiksaan semester yang lepas. Mudah-mudahan menjadi pendorong semangat untuk kekal dan lebih maju pada semester kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada barisan jawatankuasa kecil yang banyak membantu dalam melaksanakan program-program kecil untuk keluarga kecil ini. Mohon maaf salah dan silap, sepanjang berkerjasama barangkali ada kelekaan dan kelalaian.

Semester baru bakal membuka tirai akhir tahun 2011. Yakin dan pasti, ramai yang tidak sabar untuk pulang ke UKM tercinta, maklumlah setelah hampir 4 bulan berehat di kampung halaman masing-masing. Pasti tidak sabar berkongsi dan bertukar-tukar cerita. Kehadiran mahasiswa baru dan semangat baru pasti menambah lagi kerinduan.

Oleh yang demikian, sebelum kaki-kaki kita melangkah keluar dari pintu rumah masing-masing, ayuh kita tanamkan niat yang tulus ikhlas untuk mencari redha Allah. Persiapakan diri kita dengan menghidupkan malam-malam dengan penuh kesungguhan, bermuhasabah dan bermunajat. Mudahan ada doa dari sahabat kalian untuk keluarga kecil ini agar menjadi lebih mantap dan siap siaga menempuh pengalaman-pengalaman dan menagih ilmu-ilmu baru di bumi wakafan UKM.

Akhirnya, selamat bermusafir kembali ke UKM, mulakan dengan solat sunat dan doa, jaga keselamatan diri dan bagasi-bagasi kalian dengan baik. Mudahan kita akan bertemu dengan wajah-wajah ceria dan ayuh kita fenomenakan ikatan ukhwah ini dengan menyambut baik program mahasiswa di universiti dan mengikat kembali ukhwah yang terbina sama ada mahasiswa baru atau yang lama khususnya di FPI mudahan-mudahan ada keberkatan yang Allah limpahkan ke atas kita sebagai bekal bertemu dengan-Nya.

Mohon maaf terlanjur kata, tersilap bicara dan terusik jiwa.

Ikhlas daripada, 
Majlis Tertinggi KUFAH..