Wednesday, December 21, 2011

Minda Berteraskan Tauhid



MINDA BERTERASKAN TAUHID:

Dalam kehidupan, seringkali kita berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan situasi.

Apa yang membezakan kita semua ialah tentang cara kita menghadapi situasi-situasi tersebut. Begitu banyak pilihan yang harus dibuat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika kita hanya menuruti emosi, maka tindakan kita selalunya terburu-buru dan tidak memikirkan kesannya dengan teliti. Banyak keterlanjuran dan kesalahan berlaku kerana terlalu menurut perasaan. Jika kita bertenang, mengambil masa untuk berfikir sejenak lalu bertindak menggunakan strategi yang dapat difikirkan akal, maka tindakan sebegini lebih efektif berbanding menuruti emosi semata-mata. Gunakanlah akal sebaiknya. Bukankah Allah ta'ala telah mengurniakan akal kita dengan kemampuan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk?

FirmanNya: "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (As-Syams: 8-10)

Namun, akal manusia pun boleh dikelirukan. Hari ini, masalah akal yang terpesong ini makin teruk. Banyak hal yang disangkakan baik, sebenarnya buruk di sisi agama. Anda dapat lihat budaya homoseksual sudah dianggap sebagai biasa, sedangkan ini jelas-jelas dilaknat di sisi Allah. Demikian juga budaya hedonism, ini pun dilarang agama. Ini belum masuk golongan yang menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Kekeliruan sebegini berlaku kerana ada sesetengah manusia yang menyangka sebaik-baik keputusan adalah menurut akal semata-mata.

Hakikatnya kita semua pun telah tahu akal manusia itu tidak sempurna, ia tidak dapat lari daripada kesilapan. Penyelesaian bagi kekeliruan ini mudah sahaja, rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai hakim dalam kehidupan. Kedua-dua sumber agama ini adalah sempurna dan terpelihara daripada kesilapan, sebagai manual kehidupan kita untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. Ramai orang memang sedia maklum hal ini, tapi hal ini perlu diingatkan selalu kerana ramainya orang yang sudah berani untuk meremehkan petunjuk agama. Pokoknya, untuk membuat pilihan dalam bertindak, tidak cukup dengan hanya menggunakan akal sahaja, tapi perlu pastikan justifikasi anda itu disuluhi dengan ilmu Islami yang sahih serta berpaksikan keimanan kepada Allah ta'ala.
Maksud saya, apabila anda berhadapan dengan sesuatu urusan atau masalah, tanyalah kepada diri, "apakah yang diperintahkan oleh Allah ta'ala apabila hambaNya berada dalam situasi sebegini? Jika saya bertindak begini atau begitu, apa kesannya untuk saya di akhirat nanti? Apakah Allah ta'ala redha atau murka jika saya berbuat begini?" dan lain-lain soalan sepertinya.

Untuk justifikasi yang efektif, kita memang memerlukan ilmu. Lebih banyak yang kita belajar tentang Al-Quran dan As-Sunnah, maka semakin cemerlanglah pilihan tindakan yang kita ambil dalam kehidupan harian. Jadi, kita harus belajar, belajar dan belajar tanpa jemu.Apabila segala amalan kita berpaksikan untuk meraih keredhaan Allah ta'ala, segala amalan pasti dirasakan seronok. Kita lebih mementingkan kualiti kerja daripada hasilnya. Mentaliti sebegini membolehkan kita merasakan kenikmatan melakukan sesuatu amal soleh. Sebab, kita sudah tahu Allah menilai usaha kita bukan hasilnya, sebab hasil usaha adalah menurut ketetapanNya. Sedangkan manusia pula menilai hasil, bukan usaha.
Anda pilihlah, hendak redha manusia atau redha Allah? Bukan saya kata jangan melihat kepada hasil, cumanya, apabila kita lebih mementingkan hasil daripada kenikmatan proses bekerja kerana Allah, kemanisan bekerja itu tidak dapat dirasai. Ini resepi tepat untuk stress. Malah, pahala beramal pun mungkin tidak dapat. Oleh itu, bekerjalah habis-habisan kerana Allah, dan berdoalah untuk hasil yang terbaik.Apabila kita niatkan segala amalan kerana Allah, kenikmatan beramal akan terasa, insyaAllah.Mengapa tidak mahu membaca buku kerana mencari redha Allah? Mengapa tidak mahu menyapu sampah kerana mengharapkan redha Allah? Mengapa tidak mahu senyum kepada seorang sahabat kerana inginkan redha Allah? Segala perbuatan yang halal dan bermanfaat, jika diniatkan kerana Allah, maka itu adalah ibadah.

Bak kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya" (Bukhari dan Muslim) Saya ingin bertanya lagi, adakah anda sentiasa merasakan Allah mengawasi segala isi hati dan tindak-tanduk anda? Jika tidak, itu satu masalah. Sebab, berasa aman daripada pengawasan Allah adalah salah satu muqaddimah untuk keinginan melakukan dosa. Jika anda tidak biasa mempunyai perasaan ini, paksalah dan ingatkan diri selalu tentang pengawasan Allah, sehingga perasaan ini menjadi automatik dan sebati dalam minda kita. Minda yang berteraskan tauhid ialah minda yang sentiasa sedar akan pengawasan Allah. Kita semua tidak dapat terlepas daripada perhatian Allah ta'ala walau sesaat pun. Sebab itu kita perlu menjaga diri kita menurut pandangan Allah. Bukan pada pandangan manusia. Biarlah apa manusia hendak kata, baik mereka suka atau tidak, yang penting Allah redha kepada kita. Jika anda sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam urusan keduniaan dan akhirat, jangan risau dengan kehidupan dan cabaran kehidupan duniawi, sebab Allah pasti akan memelihara anda. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu" (Tirmidzi: Hadith ini hasan sahih)
Sentiasalah ingatkan diri untuk bertaqwa kepada Allah ta'ala setiap masa. Semaikan kemurnian tauhid ke dalam corak pemikiran. Berfikirlah mengikut orientasi keimanan. Saya rasa anda sudah faham maksud saya.

Mudah-mudahan, dengan menggunakan minda sambil berteraskan tauhid, urusan kehidupan akan dipermudahkan, jiwa menjadi tenang selalu, kemudian di akhirat kelak kita termasuk dalam kelompok orang-orang yang beroleh kemenangan. Itulah kepuasan dan keseronokan yang terunggul, tiada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan yang pernah ada di dunia.Wallahu a'lam.

Selamat menghadapi Peperiksaan


Ikhlas,,,
Mari kita ikhlaskan dn betulkan kembali niat (tajdid niat),
dalam menuntut ilmuNYa..
Dan Ikhlaskan niat dlm menghadapi exam ni..
Segala ilmu yang dipelajari dan keputusan yang diperolehi
semoga mendapat keberkatan dn KeredhaanNya..
dan memberi manfaat kepada diri, nusa dan agama..

InsyaAllah,

Bittaufiq wannajah fi hazihi fatrah!!..amin.



Friday, December 16, 2011

Perkahwinan Gay Pertama Lelaki Melayu Islam Malaysia




Tahniah arif, tahniah. 

Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;






Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia. 

Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.

Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.  

Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.

Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir. 

Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.

Sumber dari sini dan sini.

Blog yang mendedahkan gambar neh telah hilang tanpa dikesan.

Sunday, December 4, 2011

Kenapa Anak Menjadi Derhaka?






Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…


“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.


Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. 

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”, inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita

Tuesday, November 29, 2011

Minggu Usuluddin dan Falsafah 2011/2012




JOM DATANG BERAMAI - RAMAI 

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan blogger, minggu Usuluddin dan Falsafah telah bermula..pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, gerai dibuka sepanjang minggu Usuluddin dan Falsafah berlangsung.. antara aktiviti yang menarik ialah :


-Tayangan video
- Perasmian dan Forum Interaksi 
 Tajuk : '' Akidah Falsafah Satu teras Modal Insan"
 Ahli Panel : Ustz Yusri Ramli (FPI) dan  Ustz Asnan Kasan
 tarikh : 29 November 2011 (Selasa)
Masa : 8.00- 10.30 Malam
Tempat : Kompleks Tun Abdullah Mat Salleh (KTAMS)




Bengkel Tulisan Jawi 
Tenaga Pengajar : Ustz Khazri Othman


MUSLIMAH TALK BERSAMA FATIMAH SYARHA
(PENULIS NOVELIS)


MALAM KESENIAN DAN PENUTUPAN
(PERSEMBAHAN PENTOMEN DARI SETIAP TAHUN )






Tuesday, November 22, 2011

Thursday, November 10, 2011

Mazhab Kristian yang menyerupai Islam







Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang  menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Lihatlah cara mereka beribadah.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga menggunakan bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku’ dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa’atul awwal (fajar/shubuh), sa’atuts tsalis (dhuha), sa’atus sadis (dhuhur), sa’atut tis’ah (ashar), sa’atul ghurub (maghrib), sa’atun naum (Isya’), dan sa’atul layl (tengah malam).

Di antara cara-cara ibadat mazhab Kristian ini
1. Solatnya dimulai dengan posisi berdiri yang dipimpin oleh seorang imam. Imam meletakkan kedua tangan di dada, membuat tanda salib, lalu mengucapkan lafaz dalam bahasa Arab: Bismil Abi wal Ibni wa Ruhil Quddus Ilahu Wahid (Demi nama Bapa dan Putra dan Roh Kudus, Allah Yang Maha Esa). Jamaah menyambutnya: Amin.
2. Imam melanjutkan berdoa dengan mengangkat kedua tangan dan disahuti oleh jamaah.
3. Setelah membuat tanda salib berikutnya, imam membungkukkan badan seperti posisi ruku’, dan mengucapkan: Quddusun Anta, ya Allah (Kuduslah Engkau, ya Allah). Jamaah menyahut dengan menyucikan nama Allah Yang Mahakuasa, Yang Tak Berkematian. Jamaah memohon kasih sayang Allah yang telah disalibkan sebagai ganti umat manusia.
CHRISTIAN ORTODOX INDONESIA
4. Imam berdiri tegak dan menadahkan tangan lagi.
5. Lalu imam bersujud, dan diikuti seluruh jamaah. Ketika bangun dari sujud, imam membaca Subhanaka Allahumma (Mahasuci Engkau, ya Allah), jamaah menyahut bersamaan. Sambil menadahkan tangan, imam dan jamaah membaca Doa Rabbaniyah (Doa Bapa Kami versi bahasa Arab).
6. Selanjutnya dibaca Salam Walidatullah (atawa Salam Maria).
7. Imam kemudian membaca petikan Zabur (Mazmur dalam bahasa Aramaik), dan salat pun berakhir.
Bukan hanya itu sahaja, sebelum solat ditunaikan, mereka melaungkan azan untuk panggilan salat. Dalam panggilan solat ini ada kalimat yang mirip dalam Islam, misalnya hanya alashalah (marilah kita salat). Hayya alassalah bissalam(marilah kita solat dengan damai). Dan, sebelum acara salat dilakukan, didahului dengan pembacaan Injil.
Solat menghadap ke Timur
Ketika mereka solat, mereka menghadap ke timur kerana mengikut tradisi Jesus yang pada ketika itu menghadap kiblat salatnya ke Baitul Maqdis, Jerusalem. Namun, oleh karena Jerusalem hancur, orang-orang Kristen menjadikan tubuh Jesus sendiri sebagai kiblat. Hanya kerana tubuh Jesus dikatakan kini di surga, sesuai dengan kepercayaan mereka yang menyatakan surga itu di timur. Maka mereka mengadapkan kiblat solat mereka ke timur.
sumber: AKUISLAM.COM

Thursday, November 3, 2011

Nilai Diri Anda di mata Orang lain








-Anda di mata orang lain-

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.







sumber :ISLAM UNTUK SEMUA

Wednesday, October 26, 2011

Hukum Tepuk Tangan

Persoalan hukum tepuk tangan

Oleh Muhammad Asyraf
2011/10/25

Haram ketika solat, diharus bagi meriahkan majlis

KEBIASAANNYA bertepuk tangan disaksikan ketika menghadiri majlis keramaian dan persembahan. Sudah menjadi kebiasaan majlis berbentuk Islam sunyi daripada tepukan gemuruh penontonnya. Bahkan suasana sedemikian menampakkan kesuraman sesuatu program.

Apabila diteliti permasalahan ini, timbul beberapa perbahasan dalam kalangan sesetengah orang agama bahawa bertepuk tangan itu diharamkan. Ada pula mengeluarkan pendapat pelik ia boleh menyebabkan syaitan melahirkan anaknya.
Bertepuk tangan di majlis keramaian adalah harus pada hukum syarak. Yang ditegah adalah sewaktu solat ataupun mengaitkannya dengan ibadah
Malah ada yang mencadangkan jika ingin menepuk tangan maka tepuklah dengan belakang tapak tangan sebagai isyarat gantian. Persoalannya adakah ini sesuatu ditetapkan agama. 

Walaupun ada dibahaskan dalam bab solat oleh ulama asy-Syafi’iyyah seperti Imam Ramli dan al-Bajuri, namun ia tidak membabitkan hukum menepuk tangan di luar solat. Maka, ada pendapat mengharamkannya berasaskan penghujahan dalil tertentu. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Tiadalah solat atau ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ (siulan) dan tashdiyyah (tepuk tangan). Maka rasakan azab disebabkan kekafiran kamu.” (Surah al-Anfal ayat 35) 

Pentafsir mentafsirkan ayat ini mengatakan perkataan al-muka’ (siulan) dan al-tashdiyyah (tepuk tangan) yang dimaksudkan dalam surah al-Anfal ialah perbuatan orang kafir yang mengganggu solat dan bacaan al-Quran Rasulullah serta kaum muslimin. 
Tepukan dan siulan itu mendatangkan rasa tidak senang kepada Rasulullah dan orang Islam sehingga Rasulullah menegah perbuatan berkenaan. Ini pandangan paling tepat dalam menceritakan sebab turunnya ayat menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti.

Al Qurtubi pula merujuk kepada pendapat Ibnu Abbas mengatakan, masyarakat Quraisy jahiliah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia adalah ibadat. Ini juga pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.

Merujuk sebab turun dan kisah di sebalik ayat 35 surah al-Anfal ini, jelas pengharaman tepuk tangan secara umumnya adalah kepada orang yang meniru perbuatan orang kafir dalam melakukan ibadah. Jika ibadah solat diselang-selikan dengan bertepuk tangan maka secara jelas diharamkan.

Bagaimanapun, mengharamkan hukum menepuk tangan ketika di luar solat adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya kerana ayat berkenaan tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk tangan. 

Sudah jelas kepada kita bertepuk tangan dalam solat seperti orang jahiliah adalah dilarang. Namun, menepuk tangan di dalam solat dan di luar solat berbeza. Maka penyabitan hukumnya juga berbeza.

Begitu juga sebahagian pendapat mengatakan menepuk tangan diharamkan kepada lelaki berasaskan dalil hadis sahih yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih (dengan berkata subhanallah). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya (memberi perhatian). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Perbuatan itu dilarang kerana termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) wanita seperti dinyatakan hadis bahawa hal semacam itu hanya khusus bagi wanita ketika memperingatkan imam yang tersilap dalam solat sementara lelaki disuruh mengingatkan imam dengan ucapan tasbih. 

Hadis ini khusus mengenai bertepuk tangan dalam solat. Kes berlaku apabila seorang imam melakukan kesilapan maka makmum wanita hanya boleh menepuk tangan sebagai isyarat membetulkan imam. Ia tidak boleh menjadi dalil menegah bertepuk di luar solat seperti disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami.

Pengharaman hukum menepuk tangan dalam sesuatu majlis itu tertolak kerana masih lagi didasari dalil agak lemah. Penulis cenderung kepada pandangan beberapa ulama yang membenarkannya seperti Syeikh Atiyyah Saqr, yang mengharuskannya kerana tiada dalil mengharamkan.

Menurut kaedah fiqh Islam, asal sesuatu perkara adalah harus. Maksudnya, sesuatu perkara yang tidak diberitakan oleh syariat dipandang harus hukumnya. Namun, ia boleh menjadi haram mahupun wajib jika disertakan dalil yang menyuruh.

Pengarang kitab al-Hafl al-Zifaf fi al-Fiqh Islam, Syeikh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh, berkata tepuk tangan perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor ia dilakukan. 

Hukum bertepuk tangan dalam majlis asalnya mubah (perkara diharuskan) sebab bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang hukum asalnya mubah, sepanjang tidak ada dalil mengharamkan.

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan secara alamiah (fitrah) dilakukan manusia sejak penciptaannya dan menjadi bahagian yang tidak terpisah dari sifat kemanusiaannya seperti berfikir, bercakap, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat dan seterusnya.

 Menepuk tangan itu sesuatu yang diharuskan syarak. Ia boleh menceriakan sesuatu majlis terutama bagi menggembirakan kanak-kanak. Walaupun begitu, hukumnya boleh menjadi haram apabila bertepuk tangan dalam pertunjukan hiburan yang tidak syarak, pembukaan aurat atau menghina serta mengejek orang lain.

Bertepuk tangan di luar solat sama ada di majlis keramaian adalah harus pada hukum syarak. Yang ditegah adalah sewaktu solat ataupun mengaitkannya dengan ibadah. Begitu juga niat orang yang bertepuk tangan untuk mengejek, menghina ataupun memuji orang yang tidak sepatutnya.

Tegakkan hukum agama atas dasar hujah dan dalil kerana agama tertegak bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah, bukannya dakwaan atau sangkaan semata-mata tanpa menilai dari mana asal usulnya.

Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis 



sumber : Berita Harian - Agama

Monday, October 24, 2011

PENGAJIAN- DAWRAH THAQAFI ISLAMIYAH 2011








~DAWRAH THAQAFI ISLAMIYAH~

Dawrah Thaqafi Islamiyyah anjuran KUFAH dan Pusat Islam terbuka kepada UMUM, semua rakyat Malaysia dan sekitarnya,samada warga UKM dan luar UKM. Program yang berlangsung selama 2 bulan setengah ini akan menghabiskan lebih kurang 6 buah kitab, dan di akhir pengajian (dgn kehadiran 70%) akan diberikan sanad oleh sheikh2 yg terpilih. Pengajian adalah PERCUMA.

Pengajian akan diadakan pada setiap hari ISNIN-JUMAAT, pada pukul 9.00-10.45 malam di MASJID UKM. Antara kitab-kitab yang dipelajari :

Isnin : Kitab Safinah an-najah
Selasa : Kitab Faridatul Faraid
Rabu : Matan Arjumiah & Matan Bina'
Khamis : Mukhtar Hadith
Jumaat : Tuhfah ar-Raghibin

Sesiapa yang berminat untuk memiliki kitab-kitab ini, bolehlah mendapatkannya di masjid UKM dengan harga berikut :

Kitab Safinah an-najah (rm2.00)
Kitab Faridatul Faraid (rm7.50)
Matan Arjumiah (rm5.00)
Matan Bina' (rm5.00)
Mukhtar Hadith (rm5.00)
Tuhfah ar-Raghibin (rm5.00)

Program ini telah dijalankan selama dua minggu & mendapat sambutan yang agak memberansangkan. Sesiapa yang berminat, masih belum terlewat untuk anda sertainya. Ayuh! Sertai kami...!



"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat" -Imam Syafie-


Untuksebarang pertanyaan, hubungi :
Izat, FPI/3 : (017-3138069)
Hayati, FPI/3 : (013-6601680)




 


LINK FB DAURAH THAQAFI ISLAMIAH :
https://www.facebook.com/pages/Daurah-Thaqafi-Islamiah/173554466066285



~KUFAH MEMACU MOMENTUM, IMPAK MAKSIMA~