Sunday, January 6, 2013

Bengkel Lukisan Kartun Dakwah

Bengkel lukisan dakwah


Hari pertama : 8 disember 2012 (sabtu)

Pada hari pertama para peserta diajar teknik melukis dengan betul oleh salah seorang panel moderator iaitu Mohd Nasrullah Che Halim @ Nasrul  Lagendaseni. Beliau merupakan seorang Kartunis Komik Senyum.









Setelah mendengar taklimat dan melihat contoh teknik melukis oleh Ustaz Nasrul, maka para peserta diminta melukis mengikut cara yang telah diajar. Nak tengok apa yang dorang lukis ? Jom terjah .. -->>


Macam pening kepala je sahabat kita ni..








Serius mereka ni semua berbakat, tengok semangat betul mereka melukis, dan akhirnya muncullah hasilnya :















Pada petangnya pula, kami dilawati oleh penaung besar majalah senyum untuk menilai karya-karya para peserta. Memang amat teruja sekali dengan komen-komen yang diberikan, malah di beri hadiah kepada pelukis yang menyerlah bakatnya pada hari tersebut.





Hari kedua : 9 disember 2012 (ahad)


Pada hari kedua sesi pertama kami diajar cara mewarnakan hasil karya kami iaitu dengan menggunakan Adobe Photoshop. Tenaga moderator kami pada hari tersebut ialah Siti Ruqaiyah Md Yusof @ Bintu Battuta yang merupakan presiden Geng Kartunis USIM.

Pada petangnya pula kami diajar cara menggunakan Adobe Ilustrator oleh Siti Fatimah Awang@Tem Fatimah. Beliau Merupakan Perekabentuk Komik Upin Ipin.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat!!
Jumpa Lagi!!!
Salam =)

No comments: