Saff Kepimpinan Kufah Sesi 2013/2014
Saturday, March 30, 2013
Kem Ibadat Smart Solat (K.I.S.S)
Sunday, March 24, 2013
Al-Fatihah untuk alMarhumah "Mahani Hamzah"
24 MAC 2013
Pemergian seorang pelajar UKM, "Mahani Hamzah" -Usuluddin dan Falsafah Tahun 2 menjadi titik kesayuan pelajar-pelajar khususnya rakan2 daripada jabatan sendiri. Arwah berasal daripada Sarawak dan siap disembahyangkan dan ditahlilkan di Hospital Serdang, Selangor kira-kira 8.45 mlam selesai
Diceritakan daripada rakannya, ketika arwah bangun pagi untuk solat subuh, arwah mengadu sakit kepala dan mandi pagi tu n solat subuh, rakan karibnya tolong untuk memberi arwah minum air, tetapi kali ini arwah menolak, tidak seperti biasa, dan hanya menyebut "Bismillah" dan "Allah".... dan dalam perjalanan ke Hospital,arwah tidur dalm kenderaan tersebut dan terus "tidur" selamanya~
Salah seorang rakannya yang turut menolong memandikan jenazahnya, menceritakan wajah arwah yang sangat berseri-seri dan tenang. "Arwah ini baik orangnya sepanjang saya kenal dia 2 tahun, bercakap dengan kawan2 lemah lembut sopan, tak pernah lagi sepanjang perkenalan dengannya bercakap perkara2 yang menyakitkan hati.seronok bersama dengan dia. Pergaulan dengan dia pun terjaga n tak pernah melawan cakap kawan2, guru2 dan orang tua".
"Sejak akhir2 tu, saya tengok arwah macam banyak berubah. dari tudung bidang biasa kepada yang lebih besar dan sopan, pakaiannya yang menutup aurat selama ni berubah lebih lagi menjaga aurat. dan yang paling terharu lagi, seolah-olah tengok arwah macam membuat persediaan sebelum pergi, rajin bace Quran dan puasa-puasa sunat" -(salah seorang rakan seperjuangannya)
daripada FB arwah sebelum pemergiannya,juga banyak pos status berkenaan kecintaan kepada Allah, Syurga, kematian dan lain-lain lagi yang berlaku secara kebetulan atau naluri hatinya.
Antara status terakhir yang ditulis:
"Sebuah kisah perjalanan meraih hidayah Allah,
kisah menjemput cahaya yang ia rindukan dari lubuk hati
terdalam....benar kata sebuah hadits, sekiranya
kita berjalan ke
arah Allah , maka Allah akan berlari menyambut kita. Itulah yang terjadi
pada para sahabat yang tengah berusaha meraih hidayah Allah...."
-Daripada status rakan Usrah arwah...
"..Rindu sngt2 waktu kita berusrah..... T_T
Betul tu kak, bila sy baca nukilan2 & coretan2 Al-Marhumah, memang Al-Marhumah seorang yang pandai menulis. sy ingat lg kata2 Al-Marhumah masa usrah terakhir kita...Masa
usrah haritu, Al-Marhumah ada cakap yg impian dia ingin menjadi
penulis..Dgn menulis, dakwah dapat disebarkan.. Semoga Al-Marhumah
tergolong dalam kalangan org2 yang dijanjikan syurga sepertimana yg
termaktub dalam kitab "Golongan Yang di Janjikan" yg telah kami
bentangkan ketika usrah pada 21/3/2013 aritu...Amin... T_T
Ya Allah!
Kau tempatkanlah sahabatku ini di kalangan orang yang beriman,
Kau permudahkanlah saat kebangkitannya nanti,
Kau permudahkanlah saat penghisaban amalannya nanti..
Bersabarlah duhai jiwa yang sedang diuji..Tabah & sabar adalah pengubat jiwa-jiwa yang sedang getir menempuhi ujian..
Firman
Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)"
*Perjalanan hidupnya sangat sesuai untuk dijadikan teladan untuk kita contohi, untuk saya (penulis) dan untuk kalian juga. Kita juga tidak tahu perjalanan akan datang dan seharusnya kita mesti bersedia untuk mengahdapi perjalanan yang seterusnya.. moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.Aminn~ (al-Fatihah)*
-turut hadir di hospital ialah ahli keluarga dan saudara arwah, rakan2 seperjuangan, para pensyarah dan Penasihat KUFAH, Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah, rakan2 Persatuan Mahasiswa Sarawak UKM, kakitangan UKP UKM dan Tuan Hj Musa.
-abang kandung arwah dan warisnya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah-
-jenazah dibawa ke KLIA untuk dihantar ke Sarawak, untuk dikebumikan-
Thursday, March 21, 2013
KEM IBADAT SMART SOLAT '13
KEM iBADAH SMART SOLAT '13
Pada 14 hingga 17 Mac yang lalu, Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH) telah menganjurkan satu program Kem Ibadah SMART Solat bertempat di SMKA Durian Guling, Marang Terengganu. Kem tersebut telah di hadiri seramai 133 orang peserta terdiri dari pelajar tingkatan dua sekolah tersebut. Seramai 36 orang fasilitator dari ahli Kelab Usuluddin dan Falsafah telah turut serta menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam.
Antara objektif program ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar SMKA DG mengenai kaedah solat yang sempurna berdasarkan riwayat-riwayat dari hadis Nabi s.a.w yang shahih dari sumber kitab hadis dan fiqh yang muktabar. Selain memberi pendedahan solat yang sempurna, program ini bertujuan untuk memeberikan pendedahan kepada ahli kufah secara amnya mengenai pengamalan dan masalah yang terdapat dalam masyarakat diluar sana disamping membina keyakinan para ahli untuk bercakap dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat. Program berakhir dengan majlis perasmian penutupan yang dihadiri oleh wakil dari ukm iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Sunawari Bin Long dan wakil dari SMKA DG iaitu Puan Hafizah binti Said selaku Penolong Kanan 1. Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan secara konsisten pada masa akan datang dengan sokongan dari semua pihak.
Pada 14 hingga 17 Mac yang lalu, Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH) telah menganjurkan satu program Kem Ibadah SMART Solat bertempat di SMKA Durian Guling, Marang Terengganu. Kem tersebut telah di hadiri seramai 133 orang peserta terdiri dari pelajar tingkatan dua sekolah tersebut. Seramai 36 orang fasilitator dari ahli Kelab Usuluddin dan Falsafah telah turut serta menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam.
Antara objektif program ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar SMKA DG mengenai kaedah solat yang sempurna berdasarkan riwayat-riwayat dari hadis Nabi s.a.w yang shahih dari sumber kitab hadis dan fiqh yang muktabar. Selain memberi pendedahan solat yang sempurna, program ini bertujuan untuk memeberikan pendedahan kepada ahli kufah secara amnya mengenai pengamalan dan masalah yang terdapat dalam masyarakat diluar sana disamping membina keyakinan para ahli untuk bercakap dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat. Program berakhir dengan majlis perasmian penutupan yang dihadiri oleh wakil dari ukm iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Sunawari Bin Long dan wakil dari SMKA DG iaitu Puan Hafizah binti Said selaku Penolong Kanan 1. Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan secara konsisten pada masa akan datang dengan sokongan dari semua pihak.
Wednesday, February 27, 2013
ADAKAH ANDA TERTEKAN? KESUNYIAN?
Lakukan ini sebaik sahaja saudara membacanya.
NAMUN KETIKA SUJUD NANTI, TIDAK PERLU
MENGINGATI APA YANG SAYA TULIS INI.
Jangan terikat dengan text. Tidak
perlu ikut satu persatu mengikut senarai di bawah. Lakukan dengan penuh
kejiwaan dan benar-benar sujud kepada Allah SWT.:
1. Duduklah seperti duduk antara dua sujud.
2. Ingatkan kembali saat-saat saudara
menerima sesuatu yang menggembirakan. Saat-saat kejayaan saudara.
Saat-saat yang membuatkan saudara bahagia. Saat ini kerana masih
diberikan iman. Saat ini kerana terus dikasihi oleh Allah SWT yang
sentiasa memberikan kesedaran agar kita kembali kepadaNya.
3. Perlahan-lahan berterima kasihlah pada Allah SWT yang menjadikan siapa kita pada hari ini.
4. Teruslah berterima kasih pada Allah.
Teruslah bersyukur kerana Allah menjadikan “inilah diriku saat ini yang
masih menyedariNya. Yang masih diberikan keimanan untuk terus
meyakiniNya”.
5. Terus tingkatkan kesedaran saudara
kepada Allah dengan perlahan-lahan komunikasi dengan Allah. “ya Allah
terima kasih ya Allah kerana Engkau telah jadikan aku sepertimana
sekarang ini ya Allah. Walaupun aku diuji olehMu ya Allah, syukur
kepadaMu kerana Engkau masih memimpin aku terus menyedariMu ya Allah.
Ya Allah terima kasih ya Allah, banyak
yang telah Engkau beri padaKu ya Allah. Tapi banyak perintahMu ya tidak
terdaya untuk aku laksanakan dengan baik ya Allah.”
6. Kemudian beristighfarlah (dengan suara yang perlahan) memohon maaf pada Allah. Mohonlah maaf dengan bersungguh-sungguh.
7. Perlahan-lahan… SUJUDlah.
Terima kasih pada Allah di dalam sujudmu. Rendahkanlah hatimu terhadap Tuhanmu. Sedarilah bahawa dirimu hanyalah hamba yang dijadikan atas kehendakNya. Pujilah Tuhanmu perlahan-lahan sebutkan…
Subhaana rabbiyal a’la wabiham dih (dengan benar memuji Allah iaitu maha suciMu ya Allah Yang Maha Tinggi).
Teruskan sujud dengan memuji Allah.
Selagi dirimu tidak mampu menyedariNya, teruskan. Selagi diriMu tidak
mampu menyedari kehambaan dirimu dan keTuhananNya… sujudlah.
Mohonlah maaf kepada Allah dalam
sujudmu. Mohonlah kemaafaan dengan benar. Mohonlah kemaafan kepada
Allah.. Tuhanmu.. bukan kawan-kawan.. bukan ibu ayah.. tetapi yang
sedang kamu sujud ini adalah TUHANMU. Kemudian hanya di dalam hatimu,
berterima kasih pada Allah.
Elakkan untuk memohon apa-apa pun. Sujud
ini adalah untuk memuj, memohon maaf dan berterima kasih sahaja. Terus
berterima kasih kepada Allah.
Berterima kasih walaupun Allah menguji
dengan sesuatu yang kita anggap musibah namun hari ini kita memahami
tanpa ujian itu, kita tidak akan jadi seperti kita hari ini.
Lakukan sujud sebegini selalu di dalam solat Fardu dan sunat.
*********
Manafaat Sujud Sebegini
Di saat saudara di dalam jiwa difujurkan oleh Allah kerana tidak redha dengan apa yang berlaku SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa… SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa… SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH.
Di saat saudara bahagia… SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH
Di saat saudara rindukan Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.
Otak yang sudah menyimpan sebuah
pengalaman sujud yang benar pasti akan cepat mengaktifkan sebuah rasa
syukur dan pasrah bersama kemaafan kepada Allah SWT.
Ilham dari Allah mewujudkan sebuah rasa
dan mengaktifkan fikiran yang disimpan di otak. Gabungan fikiran ini
akan diintegrasikan oleh akal yang mampu mengenal baik dan buruk.
Integrasi fikiran yang dikendalikan oleh akal akan wujud sebuah fikiran
yang baru. Fikiran yang baru akan disimpan di dalam otak bersama fikiran
yang lepas. Proses ini terus berulangan.
Seandainya ilham fujur yang diterima,
maka fikiran-fikiran negatif akan terjana. Sukar untuk kita membuangnya
melainkan kita membina fikiran-fikiran positif.
Fikiran positif tidak mampu dijana
dengan memaksa otak membinanya sendiri. Hanya jiwa yang diilhamkan
dengan taqwa mampu membina fikiran positif. Ketika fikiran positif lebih
banyak, sendirinya fikiran negatif akan hilang (neuron dalam otak
kembali ke asal tidak bersambung membentuk fikiran negatif).
Ketika kita berterima kasih di dalam
sujud dengan kerendahan hati serta menyedari kehambaan diri dan
keTuhanan Allah SWT, fikiran menyimpan sebuah rasa keimanan dan sujud
menjadi aktiviti pengaktifan fikiran ini.
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan
ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di
samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)
(Al Fath 48 : 4)
Apabila kita berhadapan dengan sesuatu
ujian Allah SWT, SUJUD mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah
kita alami di dalam SUJUD kita sebelum ini.
Oleh itu, ketika mendirikan solat,
lakukanlah SUJUD dengan benar dan saudara akan merasai betapa nikmatnya
sujud kepada Allah SWT.
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2 : 153)
(Al Baqarah 2 : 153)
Semoga bermanafaat. Manafaat akan dirasai ketika diri melakukan.
credit : Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Selain itu, jika kita rasa terlalu tertekan, sunyi dan tidak ada tempat untuk meluahkan, oleh itu sahabat-sahabat, KUFAH mencadangkan kunjungilah unit kaunseling yang sentiasa sedia ada untuk membantu kita!!
sekian dari kami =)
senyum-senyum selalu..
Sunday, February 24, 2013
Apa Tujuan Hidup Kita
Dulu sewaktu kecil, sekiranya ditanya apa cita-cita bila besar nanti?
Pasti akan dijawab. Nak jadi pensyarah. Nak jadi akauntan. Selalu
berubah-ubah. Masa ni memang tak tahu apa-apa lagi. Just ikut
kawan-kawan. Al maklumlah baru sekolah tadika. hee.. Rasa cam nak
tergelak pun ada jugak bila ingat balik cita-cita zaman dulu-dulu ni.
Bila dah masuk sekolah menengah pun, macam konfius lagi nak ambik
course apa after SPM. Finally, saya decide nak ambik course pharmacy
sebab saya suka chemistry. Alhamdulillah, now i'm doing bachelor of pharmacy and insyaAllah akan graduate 2
tahun lagi. Amiin. Bila dah habis belajar nanti, nak kerja. After dah
kerja bolehlah beli kereta besar dan rumah besar. Pegang jawatan yang
tinggi-tinggi. Lepas tu kahwin dan dapat anak. Jadi parents pulak. Wah, bestnya kan?
Tapi kan, kadang-kadang saya terfikir. Adakah ni je kitaran hidup
saya? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua dan kemudian mati?
Saya rasa bukan saya sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang
terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup
terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan
kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin
harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja.
Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama
lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga
mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada
mereka?
Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:
1. Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
(Az-Zariyat, 51: 56)
" Dan
ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak
menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan
kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman,
"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)
(Al-Baqarah, 2: 30)
"Kamu (umat
Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu)
menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih
baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan
mereka adalah orang-orang fasik".
(Ali-'Imran, 3: 110)
(Ali-'Imran, 3: 110)
Memang tak dinafikan duit itu penting untuk kita meneruskan kehidupan. Tetapi janganlah sampai kita menjadi hamba kepada duit. Setiap masa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk menambah duit tapi perintah Allah hanya dipandang sepi. Janganlh kita setakat menjadi kaya di dunia. Tapi menjadi orang yang muflis di akhirat. Sangat lah rugi. Andainya jadi kaya, biarlah kaya di dunia dan juga kaya di akhirat nanti. Ni baru best.
Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya Allah tanya " Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.
Jadi, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya. Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah. Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je. Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da\'ie. Dan memang menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.
Sekarang kita dah tahu apa tujuan kita dicipta, kan? Jom, bergerak! ^_^
credit : http://www.iluvislam.com
10 PENYAKIT HATI
1~ Kamu kenal akan Allah S.W.T tetapi kamu tidak tunaikan hakNYA.....
2~ Kamu dakwa kamu mencintai Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya....
3~ Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.....
4~Kamu menggunakan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.....
5~ Kamu katakan syaitan itu musuh yang nyata tetapi kamu tidak melewakannya......
6~ Kamu ingin memasuki syurga tetapi kamu tidak beramal untuk memasukinya.....
7~ Kamu tidak mahu ke neraka tetapi kamu tidak pula lari darinya.....
8~ Kamu percaya setiap yang hidup pasti mati tetapi kamu tidak mempersiapkan bekalannya...
9~ Kamu selalu mencela dan mencari kesilapan orang lain tetapi untuk diri sendiri kamu lupa meyelidikinya...
10~ Kamu kuburkan orang-orang yang telah mati tetapi kamu tidak mengambil iktibarnya....
credit : http://mommyiskandar.com
Belum Berpunya? Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Masih belum berpunya
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive
CREDIT : RENUNGAN MUKMIN
Sunday, January 6, 2013
Exam Preparation Tips
REVISING + EXAMS = HEADACHE?
1. Always, always, always begin with Bismillah.
2. Examine your niyaah (intention) and correct it if necessary.
3. Honour your teachers no matter how strange their teaching methods seem to you. Respect and reverence for teachers are amongst the distinguishing marks of being a Muslim student.
4. Begin making preparations well before the examinations begin. Plan out a REALISTIC timetable that will result in you having covered [or at least scanned] all the material well before your first exam. Use this final period to look at and attempt past exam papers and to compensate for any unforeseen delays.
5. Use your teachers. If you have a problem, ASK!! You will find the vast majority of teachers only to happy to help [and inadvertently give out many heavy hints as to what's on exam paper!]
6. Always revise with a sheet of paper at hand so that you can build up a list of topics which you want to discuss with your teachers. DON’T rely on your memory. If you do, you will only be reminded when you are in the exam hall trying to answer a question on your forgotten queries.
7. When revising make notes. It may seem as though you are just reproducing your notes, but perservere, believe it or not what you are doing is one of the most effective ways of revising.
8. Give yourself regular breaks, but make sure that they don’t go on for longer than intended.
9. Make sure you are unlikely to be disturbed whilst studying. This means turning off the TV and asking others to answer the phone. Discipline pivotal to success.
10. Turn off the radio. Listening to haram music takes the barakah [blessings] out of your studies. If you absolutely must listen to something try some nasheeds [Islamic Songs]
11. Always iron out problems as soon as possible. If you don’t then you may well encounter problems when trying to understand the work that comes later.
12. If you are getting frustrated and feel as though you are getting nowhere then try to take comfort that from the saying of the Prophet: “For him who embarks on a path of seeking knowledge, Allah will ease for him the way to Paradise.” [Muslim].
13. If you are having problems calming your nerves on exam day, remind yourself of the ultimate purpose of life and indeed the ultimate examination; before Allah [SWT] on the Day of Judgement. This should help you to put your present worries into context.
14. Before you begin on the exam paper, take a couple of minutes out to supplicate to your Lord, asking Him to grant you success only on the condition that it’s good for your deen and patience in the event that it’s not. Then begin in the name of Allah.
15. As you come out of the exam hall, remember to thank Allah if the exam went well. If however it didn’t go as well as you had hoped, put your trust in Him. Know that such things are sent to test us and are an opportunity for us to shed some of our sins and show our contentment with his divine decree.
[Extracted from: 'TRENDS' magazine]
So, let us put these words into practice, gain the momentum and get great results! As what we listen to everyday, 5 times a day, Hayya ala alFalah (Let us strive to victory).
credit : arbivirus
Bengkel Lukisan Kartun Dakwah
Bengkel
lukisan dakwah
Hari pertama : 8 disember 2012 (sabtu)
Pada hari pertama para peserta diajar teknik
melukis dengan betul oleh salah seorang panel moderator iaitu Mohd Nasrullah
Che Halim @ Nasrul Lagendaseni. Beliau
merupakan seorang Kartunis Komik Senyum.
Setelah mendengar taklimat dan melihat contoh
teknik melukis oleh Ustaz Nasrul, maka para peserta diminta melukis mengikut
cara yang telah diajar. Nak tengok apa yang dorang lukis ? Jom terjah ..
-->>
Macam pening kepala je sahabat kita ni..
Serius
mereka ni semua berbakat, tengok semangat betul mereka melukis, dan akhirnya
muncullah hasilnya :
Pada
petangnya pula, kami dilawati oleh penaung besar majalah senyum untuk menilai
karya-karya para peserta. Memang amat teruja sekali dengan komen-komen yang
diberikan, malah di beri hadiah kepada pelukis yang menyerlah bakatnya pada
hari tersebut.
Hari
kedua : 9 disember 2012 (ahad)
Pada
hari kedua sesi pertama kami diajar cara mewarnakan hasil karya kami iaitu
dengan menggunakan Adobe Photoshop. Tenaga moderator kami pada hari tersebut
ialah Siti Ruqaiyah Md Yusof @ Bintu Battuta yang merupakan presiden Geng
Kartunis USIM.
Pada
petangnya pula kami diajar cara menggunakan Adobe Ilustrator oleh Siti Fatimah Awang@Tem
Fatimah. Beliau Merupakan Perekabentuk Komik Upin Ipin.
Terima Kasih kepada semua yang terlibat!!
Jumpa Lagi!!!
Salam =)
Terima Kasih kepada semua yang terlibat!!
Jumpa Lagi!!!
Salam =)
Subscribe to:
Posts (Atom)