Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jalinan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para solihin, para sahabat, para syuhada, dan seluruh ummah yang meneruskan perjuangan baginda hingga akhirnya….
Bersyukur pada Allah s.w.t di atas limpahan rahmatnya, dapat kita bersama-sama kembali dalam mujahadah menuntut ilmu.
Kami dari barisan jawatankuasa Kufah mengucapkan berkalung-kalung TAHNIAH! kepada adik-beradik Kufah yang telah berjaya merangkul ANUGERAH DEKAN bagi semester lepas. Moga kejayaan ini dapat dikekalkan dan menjadi motivasi pada yang lain untuk lebih bersemangat dalam semester kali ini.
Di sini, kami sertakan senarai pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang menerima anugerah dekan adalah seperti berikut:
Tahun 1:
1- MOHD AZWANI BIN MOHD ANUAL
2- MOHD KHAIRUL HISYAM BT ALI
3- NUR FIDA’IY BT SALAHUDDIN
4- NUR HAFIZAH OTHMAN
5- NURUL AMILIN BT ROZALI
6- ROSHAIDA BT ISMAIL
7- SABARIAH BT AHMAD
8- SITI AISHAH BT MAT DAUD
9- SITI ILYANA BT OTHMAN
10- SITI NAJIDAH BT NAWAWI@ SAAD
11- SITI NUR ‘ADILAH BT KAMARUZZAMAN
12- SITI NURUL ATIQAH BT MOHD NAWAWI
13- WAN NUR AZIDA BT WAN DIN
TAHUN 2:
1- ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN
2- ANAS FAHMI BIN MD ISA
3- MAZURA BT ABDUL RAZAK
4- MOHD IZZUDIN BIN ADAM
5- MUHAMMAD AFIQ BIN CHE ANUAR
6- MUHAMMAD ILHAM BIN RADUAN
7- MUHAMMAD NAZMI BIN ABDUL HALIM
8- MUHAMMAD SUFIAN BIN ISHAK
9- NORIDAH BT ISMAIL
10- NUR FARHANA BT SHAMSUDDIN
11- NUR HIDAYAH BT YAAKOP
12- SAKINAH BT MOHAMMAD
13- YASIN BIN MD RAFANGI @ MD RAFEE
TAHUN 3:
1- MOHD HAIDAR BIN KAMARZAMAN
2- MUHAMMAD AKMAL BIN OTHMAN
3- NOR AKMAL AZRAF BT AWALUDDIN
4- NOR KAMALIAH BT SAHARUDDIN
5- NOR LIZA BT MOHAMED
6- NOR SHAHIRAH BT ALWI
7- NUR NADIAH BT AMIR
8- NURUL NASRIAH BT ABDUL KHODER
9- SAIFUL ADLI BIN HASHIM
10- SITI AMINAH BT ISHAK
11- SITI NORAINI BT SAHARUDDIN
Oleh yang demikian, diharapkan kepada yang berjaya meneruskan kejayaan tersebut dan tidak kurang juga kepada mahasiswa/wi Kufah yang lain pasti mampu meraih kejayaan yang sama bak pepatah arab, “ man jadda wa jada”, cuma mungkin belum masanya, kerana Allah s.w.t mahu kita lebih bermujahadah lagi.
Namun harus diingatkan akan tujuan kita sebagai penuntut ilmu, biarlah ianya diamalkan dan dapat memberi manfaat pada diri, keluarga, dan masyarakat. Bersihkan niat agar ia dalam keadaan ikhlas kerana Allah s.w.t. kerana dikhuatiri jua ilmu yang dipelajari hanya gagah di kertas peperiksaan dan hanya mahu mengejar sehelai sijil kecemerlangan, tetapi biarlah ianya juga cemerlang dari segi sahsiah yang berakhlak mulia.
Semua mahasiswa/wi juga disarankan agar tidak lokek memberi tunjuk ajar dan bermurah hati untuk berkongsi kefahaman kepada yang lain. Lebih-lebih lagi kepada senior buat adik-adik Kufah yang baru. Ini adalah tidak hanya kepada yang berjaya meraih dekan, tapi ditujukan kepada semua kerana mungkin dari perkongsian yang sedikit itu akan membawa kefahaman yang lebih baik dan mudah diingati.
Oleh itu, bersama-samalah berdoa untuk kejayaan kita bersama. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk menuntut ilmu, diberi ketabahan menghadapi cabaran mendatang dan diteguhkan keimanan agar terus thabat di jalan kebaikkan.
Akhir kalam, kutiplah mutiara hikmah dan permata iman di sepanjang berada di kampus UKM Bangi ini buat bekalan dalam permusafiran kita ke daerah yang abadi. Sesungguhnya dunia ini hanya persinggahan dalam kembara panjang seorang insan menuju Tuhan…….
· Sijil dekan boleh diambil di pejabat fakulti.
Majulah Kufah, untuk akademik dan sahsiah!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment