Hairan tengok muslim yang tak kisah muslimnya.
Tak kisah apa jua yang dideritai saudaranya nun di Palestin sana.
Tak kisah apa jua yang melanda di tanah airnya.
Tak kisah apa jua yang menimpa jiran tetangga, kiri dan kanannya.
Tak kisah apa jua yang berlaku sekitar ahli keluarganya.
Lansung tak kisah.
Tak kisah apa jua yang melanda di tanah airnya.
Tak kisah apa jua yang menimpa jiran tetangga, kiri dan kanannya.
Tak kisah apa jua yang berlaku sekitar ahli keluarganya.
Lansung tak kisah.
***
“Nampaknya, hari ini Iman kita sakit.”
“Eh. Kenapa ?”
“Sebab kebersihan sebahagian dari Iman. Bila kebersihan hari ini kurang memuaskan, maksudnya Iman kita tak berapa sihatlah kan.”
“Eh. Kenapa ?”
“Sebab kebersihan sebahagian dari Iman. Bila kebersihan hari ini kurang memuaskan, maksudnya Iman kita tak berapa sihatlah kan.”
Sungguh rasa tertampar dengan kesimpulan simple umi.
***
(1)
Orang yang meninggalkan kefardhuan solat dan ingkari kefardhuan muslim yang lainnya, yang menzahirkan seterang-terangnya aurat, yang makan dari sumber yang haram; khinzir dan arak, yang membuat perbuatan yang haram; berzina, berjudi dan membunuh.

Sememangnya, Islam bukan paksi kehidupannya.
(2)
Orang yang solat tetapi sekejap-sekejap tidak cukup lima waktu, puasa Ramadan tetapi ikut mampu tidak mampu, dia memakai tudung tetapi baju ketat, dia memakan nasi ayam tetapi dari sumber yang syubhah, dia mengumpat dan menganiaya tetangganya.

Sememangnya, Islam seputar nama sahaja.
(3)
Orang yang sempurna sudah kefardhuan muslimnya; cukup lima waktu solatnya, cukup sebulan puasa Ramadan, cukup terpelihara auratnya, cukup halal dan thoyyibah (baik) sumber makanannya, sangat baik dengan tetangganya.

Sememangnya, seperti dia muslim yang baik !
Sebentar !
Tetapi kalau…
Dia tidak hirau kebersihan dirinya, tidak kisah pelaburan masa menonton movie dan menatap Facebook sepanjang hari, tidak kisah mulut bercerita perihal sia-sia, tidak kisah batas pergaulannya, tidak kisah kekenyangan dan tidur berpanjangan, tidak kisah tidak menepati masa; asalkan solat biarpun lambat, kira baik tidak qadha !
Bagaimana pula ?
***
Macam mana nak ambil kisah muslim di sebelah, kalau muslim di dalam diri tidak diambil kisah.
Macam mana nak jadi muslim yang amanah dengan harta dan darah saudara muslimnya, kalau amanah yang pada dirinya diabaikan sahaja.
Macam mana nak jadi muslim yang amanah dengan harta dan darah saudara muslimnya, kalau amanah yang pada dirinya diabaikan sahaja.
Saudara/i,
Kita tak suka polemik dunia hari ini. Kita tak suka Palestin tersiksa dan tertindas lagi. Kita tak suka bangsa merana di tanah air sendiri. Kita tak suka melihat remaja muslim dibuai mimpi. Kita tak suka melihat maksiat kian terdedah sana sini. Kita tak suka kadaran jenayah yang meningkat saban hari. Siapa suka ?
Tetapi adakah kita punca pada segala perkara di atas ?
Adakah kerana tidak ihtimam (ambil berat) pembentukkan muslim dalam diri, menyebabkan penindasan dan musibah muslim seluruh dunia hari ini.
Kitakah puncanya ?
Naudzzubillah.
***
Imam Hassan Hudhaibi pernah mengungkapkan kata :
Bina daulah Islam dalam diri kamu, maka daulah Islam akan tertegak di bumi kamu.
Adakah mudah untuk membina sebuah negara Islam ?
Kalau mudah, pasti Rasulullah SAW dapat menyampaiakan risalahnya tanpa perlu dibaling batu, luka-luka, bersembunyi di Gua Thur dan tanpa ancaman bunuh. Kalau mudah, pasti para sahabat tidak diseksa teruk, disula, ditimpa batu, dipangang atas api dan dibunuh. Kalau mudah, pasti Khilafah Islamiyah yang rebah pada 1924 dapat ditegakkan lagi semasa Thaqib Arsalan menerima berpucuk-pucuk surat dari seluruh negara Islam, digesa agar dikembalikan khilafah. Kalau benarlah mudah, pasti Zionis tak pernah dapat jejak apatah lagi duduk secara haram selama lebih 60 tahun lebih di Palestin. Kalaulah mudah…
Hakikatnya.
Tidak semudah itu.
Jadi, janganlah memandang ringan untuk membina daulah Islam di dalam diri.
Sungguh Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum hinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri (Ar-Ra’d:11)
***
Jangan mimpi nak selamatkan Palestin kalau tak mampu selamatkan diri sendiri dulu.
Pesanan yang sering diingatkan kepada sepasang telinga saya.
Credited by : ISMA MESIR
No comments:
Post a Comment