Assalammualaikum wbt..
Sedikit tips untuk menjawab kertas soalan dengan tenang :
1) Tidur Awal
Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita cergas pada keesokkan hari.
2) Bangun Awal
Bangun seawal mungkin pada hari peperiksaan. Mandi dan solat sunat 2 rakaat, mintalah doa dari Allah semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan nanti.
3) Baca Surah Yassin
'' Surah Yang Memudahkan '' , orang kata. Sebab itulah kalau orang yang sedang sakit tenat, digalakkan untuk kita membaca surah Yasin kalau ajal nya dah sampai supaya dipermudahkan roh untuk keluar dari jasad. Jadi, amalkanlah surah Yassin di pagi hari, dengan keberkatan surah ni akan memudahkan segala urusan kita seharian insyaAllah. Peruntukkanlah sedikit masa di awal pagi peperiksaan untuk membaca Yassin dengan niat supaya Allah bantu kita.
4) Berjumpa atau Telefon IbuBapa
Doa dari ibubapa adalah sangat mustajab. Lagipun, redha Allah dari redha ibubapa. Sebelum exam telefon lah keduanya, minta maaf salah silap.. halalkan susu dan makan minum .. doakan supaya dipermudahkan menjawab soalan . InsyaAllah dengan keberkatan itu, Allah akan mudahkan kita.
5) Pergi Ke Tempat Peperiksaan Awal
Seelokknya, pergilah ke tempat peperiksaan awal 15 minit untuk menggelakkan kita dari kelam kabut. Setkan jam loceng atau pun jam pada telefon bimbit supaya kita tidak terlepas pada waktu exam. Mintak tolong rakan-rakan atau 'roomate' untuk kejutkan kita kalau-kalau kita tertidur. Seelok-eloknya, tulis pada 1 kertas A4 jadual waktu exam kita supaya kita tak lupa dan sebagai makluman untuk 'roomate' . Manalah tahu kalau-kalau ada waktunya kita 'terlepa' .
6) Bertegur Sapa dengan Rakan-rakan
Salah satu tips yang berkesan adalah dengan senyum dan saling menegur sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan . Dengan komunikasi 'ringan' ini akan mengurangkan tekanan dan kerisauan kita . Dengan menegur orang lain kita tidak berasa keseorang dan berasa lebih yakin.
7) Membaca Soalan Berulang-ulang
Baca soalan berulang-ulang kali supaya kita tidak berasa keliru. Adalah lebih baik jika membaca keseluruhan soalan. Kadang-kala tanpa kita sedari soalan tersebut berulang-ulang cuma berbeza bentuk sahaja.
8) Berselawat Jika Tiba-tiba 'blur'
Perkara seperti ini bukanlah perkara asing, jika kita menghadapi situasi sebegini beristighfar dan selawatlah banyak-banyak ke atas nabi . Begitu juga jika kita 'bertemu' dengan soalan yang sukar.
9) Ucaplah Alhamdulillah dan Bertawakal
Setelah selesai menjawab keseluruhannya, ucapkanlah Alhamdulillah dan seterusnya bertawakal kepada Allah . Yakin dan berperasangka baik dengan Allah. Allah akan memberikan kejayaa kepada kita sekadar yang telah kita usahakan tadi.
10) Muhasabah diri
Muhasabah diri setelah habisnya kertas tadi. Cari kelemahan serta kekurangan dan menambahbaikkanlah untuk kertas yang seterusnya. Ini adalah penting supaya tidak berlaku lagi kesalahan yang berulang-ulang kali pada masa akan datang.
'' KUFAH MENGUCAPKAN SEMOGA BERJAYA .. BITTAUFIQ WAN NAJAH .. INSYAALLAH MUMTAZZ.. MAN JADDA WA JADDA !! ''
1 comment:
selamat menghadapi peperiksaan juga,,,^^,,
Post a Comment