Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap anak Adam itu membuat dosa, maka malaikat di sebelah kirinya akan bertanya kepada malaikat di sebelah kanan:
“Apakah yang harus aku catat?”
Maka berkata malaikat yang di sebelah kanan:
“Jangan kamu mencatat dosanya sehingga dia melakukan lima dosa.”
Kemudian bertanya malaikat di sebelah kiri lagi:
“Kalau dia melakukan lima dosa, apakah yang harus aku catatkan?”
Berkata malaikat di sebelah kanan:
“Biarkan sehingga dia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu bahawa satu hasanah kebaikannya dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu kami hapuskan lima sebagai imbangan dari dosa yang lima dan kami catatkan padanya lima hasanat.”
Apabila syaitan mendengar yang demikian, maka dia pun menjerit sambil berkata:
“Kalau macam ni, bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam?”…
Pengajaran:
Lihatlah bagaimana Allah SWT begitu sayang dan cinta serta kasih kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang utk kita berfikir.
Contohnya apabila kita membuat satu kejahatan, maka kita cuma dicatatkan satu dosa, tetapi apabila kita melakukan satu kebaikan, maka kita akan dicatat sepuluh kebaikan.
Allah member kita peluang dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahNya. Yang pastinya Allah SWT sentiasa menerima taubat kita. Allah SWT menyayangi kita 70 kali dari kasih sayangnya seorang ibu kepada anaknya.
Ingatlah wahai sahabat dan juga peringatan terhadap diri ini,
DUNIA HANYALAH SEMENTARA DAN KITA AKAN KEMBALI MENGHADAPNYA. Maka, bersegeralah mengerjakan apa yang dituntut oleh agama Islam. InsyaAllah segala dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT dan beristighfarlah banyak-banyak mudah-mudahan kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Amin…
Wallahu a’lam…..
No comments:
Post a Comment