Saff Kepimpinan Kufah Sesi 2013/2014
Monday, January 31, 2011
11 golongan mendapat doa para malaikat
Friday, January 28, 2011
Antara Makanan Yang Baik-baik di dalam Islam.
Thursday, January 27, 2011
terima kasih penghargaan
Alhamdulillah. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat. Begitu juga dengan informasi. Terima kasih tak terhingga buat para penyumbang yang menyumbang, sama ada secara langsung atau tidak.
Wednesday, January 26, 2011
Mesti ada Hikmahnya =)
Thursday, January 20, 2011
c.i.n.t.a
Tuesday, January 18, 2011
KISAH DUA MALAIKAT.....
Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap anak Adam itu membuat dosa, maka malaikat di sebelah kirinya akan bertanya kepada malaikat di sebelah kanan:
“Apakah yang harus aku catat?”
Maka berkata malaikat yang di sebelah kanan:
“Jangan kamu mencatat dosanya sehingga dia melakukan lima dosa.”
Kemudian bertanya malaikat di sebelah kiri lagi:
“Kalau dia melakukan lima dosa, apakah yang harus aku catatkan?”
Berkata malaikat di sebelah kanan:
“Biarkan sehingga dia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu bahawa satu hasanah kebaikannya dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu kami hapuskan lima sebagai imbangan dari dosa yang lima dan kami catatkan padanya lima hasanat.”
Apabila syaitan mendengar yang demikian, maka dia pun menjerit sambil berkata:
“Kalau macam ni, bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam?”…
Pengajaran:
Lihatlah bagaimana Allah SWT begitu sayang dan cinta serta kasih kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang utk kita berfikir.
Contohnya apabila kita membuat satu kejahatan, maka kita cuma dicatatkan satu dosa, tetapi apabila kita melakukan satu kebaikan, maka kita akan dicatat sepuluh kebaikan.
Allah member kita peluang dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahNya. Yang pastinya Allah SWT sentiasa menerima taubat kita. Allah SWT menyayangi kita 70 kali dari kasih sayangnya seorang ibu kepada anaknya.
Ingatlah wahai sahabat dan juga peringatan terhadap diri ini,
DUNIA HANYALAH SEMENTARA DAN KITA AKAN KEMBALI MENGHADAPNYA. Maka, bersegeralah mengerjakan apa yang dituntut oleh agama Islam. InsyaAllah segala dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT dan beristighfarlah banyak-banyak mudah-mudahan kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Amin…
Wallahu a’lam…..
Thursday, January 6, 2011
Bersyukurlah. Dilahir Sempurna.
Wednesday, January 5, 2011
Humanity Does Exist
Sunday, January 2, 2011
bersangka baiklah..
Pernah terdengar cerita ni dalam Motivasi Pagi Fadzilah Kamsah. Semoga bermanfaat.
Dalam sebuah kampung ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe dia telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.."
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..."
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun dengan keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanan ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin..". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!
Dia pun terpaku seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawannye yg sama-sama menjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak jual tempe yang belum menjadi? Dari pagi tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..."
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Janganlah sekali-kali kita berputus asa terhadap apa yang didoakan. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Yakinlah kita bahawa REZEKI itu di tangan Tuhan...
Hadith Qudsi ada menyebut; "Barangsiapa yang bersangka buruk kepada-Ku, nescaya aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hambaKu itu."
*Tempe memang sedap, kan? Wink3