Monday, July 26, 2010

Ikhtilat itu halal?



Apa itu Ikhtilat?

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.

Istilah Syara'

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran yang diharamkan

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah) Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

Ikhtilat kerana menjadi saksi.

Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).

Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.

Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

Ikhtilat dalam kenderaan awam.

Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.

Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat kan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Pengecualian Bagi Hukum Asal

Unsur Darurat

Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

Muamalat Maliyyah (urusan harta)

Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

Penyaksian (urusan mahkamah)

Penyaksian waita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

Urusan kerja

Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

Melayani tetamu

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar

Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
> Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
> Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
> Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
> Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
> Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Ikhtilat

Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai yang memandang remeh. Zaman moden sekarang ni, tak memandang dah soal-soal sebegini. Maklum lah, diliberalkan Islam sekarang ni. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Saya sentuh awak, awak sentuh saya adalah perkara biasa yang menambahkan lagi keceriaan belajar.

Bila penat belajar, pergi ke kafe bersama-sama. Mungkin makan bersama ni, menambahkan lagi kekeyangan perut. Senario keluar malam berdua-duan, adalah perkara biasa di semua kampus. Tak ceria kampus kalau tak ada istilah 'couple'. Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Isra' : 32)

Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosakknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku. Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.

Kalendar pengajian dunia kampus musim baru sudah bermula. Pelajar-pelajar baru sudah memasuki alam IPT, alam yang penuh dengan cabaran zahir dan batin. Oleh yang sedemikian, marilah kita pagari diri kita dengan keimanan dan ketaqwaan. Moga-moga kita mampu mengawal diri. Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.

p/s : Benar, Islam masih membenarkan berikhtilat, namun perlu diingat bahawa di sana ada batas-batas yang WAJIB dijaga demi memastikan kemaslahatan bersama. Umat Islam akan mundur jika tidak beramal dengan Islam, sebaliknya yang beramal dengan Islamlah akan terus maju ke hadapan. Wallahu'alam.

Saturday, July 24, 2010

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH III


TARIKH : 6,7 & 8 OGOS 2010

TEMPAT : PUSAT PEMANTAPAN AKIDAH JAKIM,JELEBU,N.SEMBILAN

ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (PMFPI),UKM DENGAN KERJASAMA JAKIM JELEBU, N.SEMBILAN.

*PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!!

*SIJIL DIBERIKAN.

*SURAT PELEPASAN KULIAH DIBERIKAN.

TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA/I FPI TAHUN 1 ,2 & 3. UKM.

ANDA BERMINAT ???


SILA HANTARKAN NAMA,TAHUN, NO MATRIK, & NO.KAD PENGENALAN KEPADA

FAIRUZ BT ABD RASID : 019-5042795


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 27 JULAI 2010.

PENYERTAAN ADALAH TERHAD.. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!





Wednesday, July 21, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Minggu Pengenalan Persatuan

WELCOME TO THE CLUB.




Besarkan resolusi untuk lebih jelas.

"akidah falsafah satu teras modal insan."


Monday, July 19, 2010

Falsafah Islam di Kasehpuhan



KERATON Kasehpuhan - keraton terbesar di Cirebon memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Keraton atau istana tersebut dibina Pangeran Mas Mochammad Arifin II iaitu cicit kepada Sunan Gunung Jati, salah seorang daripada Wali Songo di Indonesia. Keraton itu didirikan pada tahun 1529 setelah beliau menaiki takhta menggantikan Sunan Gunung Jati pada tahun 1506.

Setibanya di kawasan keraton berkenaan, penulis disambut oleh seorang pemandu pelancong yang memperkenalkan diri sebagai Nanang. Pengetahuan Nanang tentang keraton itu cukup malah boleh saja disimpulkan segala-galanya telah melekat di dalam kepalanya. Beliau banyak bercerita tentang falsafah dalam adat resam Jawa yang pada asalnya cukup rapat dengan ajaran Hindu, tetapi akhirnya diterapkan nilai-nilai Islam oleh Sunan Gunung Jati.

Setiap ukiran, lukisan dan senibina di keraton itu memaparkan falsafah dan nasihat berkaitan dengan ajaran agama Islam.Bermakna Islam tidak sahaja diajar atau disebar secara lisan, tetapi merangkumi segala aspek kehidupan termasuk bangunan dan kesenian. Itu antara faktor yang menjadikan penghayatan Islam oleh umat terdahulu cukup mendalam.


Sebagai contoh, Nanang menunjukkan pintu gerbang yang sekali imbas berbentuk pintu kuil Hindu. Sebenarnya ia adalah bentuk dua tapak tangan yang menadah ke langit berdoa kepada Allah. Begitu juga kedudukan bangunan dan jumlah tiang di kawasan itu yang berkaitan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam. Beliau juga menunjukkan sepasang lukisan pada dinding keraton yang dihasilkan oleh adik sultan semata-mata untuk menegur serta memberi peringatan kepada sultan.

"Orang dahulu tidak boleh menegur orang yang lebih tua secara berterus terang, jadi melalui lukisanlah teguran, kritikan dan peringatan diterapkan," kata Nanang.

Lukisan itu pula diletakkan betul-betul pada laluan sultan keluar dari biliknya. Ini bermakna setiap hari sultan akan melihat lukisan berkenaan. Antara yang terdapat pada lukisan berbentuk abstrak itu adalah burung kakak tua melambangkan kebijaksanaan berkata-kata. Selain itu lakaran manggis yang bermaksud kejujuran kerana pada buah manggis jika terdapat lima tampuk, maka isi atau ulas di dalamnya juga berjumlah lima.


Buah manggis juga mengingatkan sultan supaya tidak menilai sesuatu itu daripada luarannya sahaja. Manggis walaupun kulitnya hitam tetapi isinya putih bersih dan manis. Penerangan Nanang menegaskan bahawa amalan kuno masyarakat Jawa bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi sesiapa yang berkunjung ke Keraton Kasepuhan, carilah pemandu pelancong bernama Nanang kerana beliau dapat memberi penjelasan lengkap berhubung amalan tradisi dengan ajaran Islam. Penyebaran Islam tanpa menghalang atau menyekat amalan tradisi, sebaliknya disesuaikan falsafahnya dengan ibadat dan ajaran Islam membuatkan Islam mudah diterima oleh orang Jawa yang ketika itu sangat taksub dengan ajaran Hindu. (sumber)

Thursday, July 15, 2010

Berhikmahlah Dalam Bicara

Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.
Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun boleh berfikir dengan waras, apatah lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung usianya.

Bayangkan diri kita di pejabat. Pagi itu kita sampai lambat ke pejabat kerana ada sedikit kekecohan yang berlaku di rumah. Tiba di pejabat, bos panggil masuk ke dalam bilik dan memarahi kita dengan suara yang kuat. semua orang dengar. Memang salah kita kerana datang lambat, tetapi hati kita tetap menanamkan perasaan benci terhadap bos yang memarahi kita tadi.

Tukar keadaan itu, bos kita panggil kita masuk ke bilik, pintu bilik di tutup. Bos menghulurkan secawan kopi. Bos kita kemudiannya bertanya dengan lembut akan sebab mengapa kita terlewat datang ke pejabat. Kita memberikan alasan. Bos menerima alasan tersebut. Bos kemudiannya bercerita dengan lembut akan kesan kedatangan kita yang lambat ke pejabat terhadap syarikat dan motivasi kawan-kawan kita yang lain. Bos kemudiannya meminta kita agar cuba sedaya-upaya untuk datang awal pada hari-hari berikutnya.
Bagaimana perasaan anda jika bos anda melakukan yang demikian?

“Serulah manusia ke jalan Robbmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…”
(an-nahl:125)

Ajak anak kepada perubahan diri menggunakan kaedah yang berhikmah dan nasihat yang baik. Sehingga anak terdidik dengan rasional, sopan santun, akhlak, budi pekerti, dan semangat berbuat baik yang datang dari dalam diri, bukannya perlu dipaksa-paksa dan dimarah-marah.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kalian kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”
(thaha:43-44)
Kepada Firaun yang begitu zalim pun Allah menyuruh Nabi Musa dan Harun untuk berbicara dengan lemah lembut, apatah lagi dengan anak sendiri? Bagaimana Musa berkata kepada Fir’aun?

“Dan katakanlah (kepada Firaun), “Adakah kamu mempunyai keinginan membersihkan diri dan aku akan menunjukkan padamu jalan menuju kepada Robbmu supaya engkau takut kepadanya.”"
(an-Naziat:18- 19)
Begitulah yang diajarkan di dalam islam. Memang caranya lebih susah berbanding menggunakan kuasa marah,kuasa diskriminasi & kuasa anggapan atau persepsi, akan tetapi sangat menyenangkan untuk jangka masa yang panjang di hadapan.

* Perlu diingatkan, apabila berbicara, gunakan bahasa yang sewajarnya. Seeloknya, kukuhkan bicara atau hujah dengan bukti yang konkrit. Bukan sekadar cakap kosong dan 'sembang lebat' sahaja. Allahu'alam.

Thursday, July 8, 2010

Forum Perdana Isra' Mikraj

p/s : semua di jemput hadir.. Ayuh tunjukkan keprihatinan kita kepada isu-isu Palestin, jika bukan Muslim seperti kita yang hadir, maka siapa lagi?

Wednesday, July 7, 2010

Halal Seminar 2010





Further Information
http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dDdMQnBmMU1UeUZXVjduSDd5cFBjYlE6MQ

Download Registration Form.
http://www.4shared.com/file/50vnhLdn/Registration_form.html

RAHMAT ALLAH BERSAMA DENGAN UJIAN-NYA

Jika kita renung semula segala yang berlaku di atas muka bumi,, didapati Allah telah menjadikan musibah itu sebagai tanda ganjaran kepada manusia untuk diangkat ke makam yang lebih tinggi,,, hal demikian sekaligus memberi ruang rahmat ketuhanan bagi Allah untuk menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan juga asbab untuk mendapatkkan segala nikmat yang dijanjikan oleh Allah bagi menjadikan manusia sebagai hamba yang benar-benar mengEsakan-Nya.

Terdapat beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam teguh dengan tali Allah walaupun berhadapan dengan musibah dan rintangan namun jika manusia berjaya menghadapinya kerana cintakan Allah dan rasul-Nya nescaya balasannya nanti di akhirat adalah ganjaran yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."
"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya.

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengantaraf keimanannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu.

Ujian demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebabnya walupun seseorang itu dianggap imannya teguh dan kukuh namun mereka juga tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil".

Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

" Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Oleh itu, terdapat tiga gambaran berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:

• Beroleh ampunan dari Allah
• Beroleh rahmat dari Allah
• Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah)

Namun kini, terdapat pelbagai keluhan dan jua rungutan terhadap musibah yang berlaku...namun pada masa yang sama tidak pernah terlintas pada fikiran manusia untuk renung sejenak tentang segala musibah yang berlaku... hal ini menunjukkan betapa lemahnya iman manusia dalam menkaji serta menilai setiap urusan mahupun aturan yang berlaku. Sememangnya manusia tidak pernah leka bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul...namun yang dikesali manusia sentiasa leka untuk kembali pada jalan Allah..

Mungkin inilah ujian yang diberikan oleh Allah iaitu hilangnya rasa Taat dan jua Kepatuhan dalam menghadapi aturan dan jua rencana hidup yang dirancang oleh manusia namun ianya ditentukan oleh Allah S.W.T..

Justeru itu,, bangunlah hidupkanlah jiwa yang penuh taqwa..rasa cinta yang penuh rasa kemanisan iman.. Di samping memohon doa mengharap keampunan Ilahi...
Semoga dimudahkan urusan di dunia mahupun akhirat..
Sesungguhnya daku memohan keampunan di atas segala salah dan silap...
Semoga Allah melimpahkan kefahaman bagi mereka yang menginginkan kefahaman.