Salam to all.
Perhatian kepada pelajar tahun 2, Fakulti Pengajian Islam diminta untuk memastikan data Latihan Amali Industri anda wujud di dalam sistem. Sila layari Sistem Latihan Amali / Industri di www.ukm.my/smplai (SMPLAI) secepat mungkin demi memastikan tidak timbul masalah dengan pihak fakulti dari sudut markah anda ketika LAI nanti. Jika data anda tidak wujud di dalam sistem SMPLAI walaupun sebelum ini data anda telah lengkap, sila emelkan surat anda kepada shikin@ptm.ukm.my dan nazuha@ptm.ukm.my (emelkan pada kedua-duanya). Hal ini berikutan wujudnya sedikit masalah teknikal di sesetengah data para pelajar terhadap 'kehilangan data' dan status 'tidak mendaftar' di dalam sistem. Formatnya adalah seperti dibawah :-
________________________________________________________________________________
Cik Nor Ashikin Binti Baharum
Pengurus Teknologi Maklumat
Ketua Sistem Aplikasi Akademik
shikin@ptm.ukm.my
03-89216156
Puan Nazuha Binti Hassan
Pegawai Teknologi Maklumat
nazuha@ptm.ukm.my
03-89217055
Masalah Pada Sistem Latihan Amali / Industri, FPI, UKM
Salam,
Puan,
Sebelum ini saya telah membuka Sistem Latihan Amali / Industri www.ukm.my/smplai (SMPLAI) dan saya telah membuat semakan pada status keputusan latihan amali saya dan saya dapati keputusannya berjaya dan diterima. Namun pada 29 Mac 2010 jam 1.15 tengahari saya membukanya semula sistem ini untuk membuat semakan, namun saya dapati bahawa saya tiada rekod pendaftaran agensi di dalam sistem SMPLAI seolah-olah saya tidak pernah memohon penempatan sebelum ini sebelum ini sedangkan semakan saya sebelum ini di SMPLAI statusnya adalah berjaya.
Saya telah berhubung dengan pihak urusetia Latihan Amali / Industri di Fakulti Pengajian Islam, dan dari semakan pihak urusetia Latihan Amali / Industri di Fakulti Pengajian Islam, dan dari semakan pihak urusetia Latihan Amali / Industri di FPI, status saya adalah berjaya dan diterima tetapi mengapa di screen saya statusnya ialah saya tidak mendaftar.
Mohon pihak puan dapat memperbetulkan serta mengambil tindakan selanjutnya keadaan ini kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan saya tidak tersenarai di dalam senarai pelajar yang akan mengikuti latihan amali pada tahun ini malah akan menyebabkan saya gagal di dalam latihan amali tahun ini.
Sekian terima kasih,
Nama
No. Matrik
Jabatan & Fakulti
No. Tel
cc. Encik Muhammad Yazid Othman
Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat, FPI, UKM
mdyazid@ukm.my
Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
Ketua Jaringan Industri & Masyarakat, FPI, UKM
dzuwan@ukm.my
__________________________________________________________________
*Nama dan alamat penerima bergantung kepada email masing-masing. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment