Tuesday, March 30, 2010

Perhatian kepada pelajar tahun dua FPI

Salam to all.

Perhatian kepada pelajar tahun 2, Fakulti Pengajian Islam diminta untuk memastikan data Latihan Amali Industri anda wujud di dalam sistem. Sila layari Sistem Latihan Amali / Industri di www.ukm.my/smplai (SMPLAI) secepat mungkin demi memastikan tidak timbul masalah dengan pihak fakulti dari sudut markah anda ketika LAI nanti. Jika data anda tidak wujud di dalam sistem SMPLAI walaupun sebelum ini data anda telah lengkap, sila emelkan surat anda kepada shikin@ptm.ukm.my dan nazuha@ptm.ukm.my (emelkan pada kedua-duanya). Hal ini berikutan wujudnya sedikit masalah teknikal di sesetengah data para pelajar terhadap 'kehilangan data' dan status 'tidak mendaftar' di dalam sistem. Formatnya adalah seperti dibawah :-

________________________________________________________________________________

Cik Nor Ashikin Binti Baharum
Pengurus Teknologi Maklumat
Ketua Sistem Aplikasi Akademik
shikin@ptm.ukm.my
03-89216156

Puan Nazuha Binti Hassan
Pegawai Teknologi Maklumat
nazuha@ptm.ukm.my
03-89217055

Masalah Pada Sistem Latihan Amali / Industri, FPI, UKM

Salam,

Puan,

Sebelum ini saya telah membuka Sistem Latihan Amali / Industri www.ukm.my/smplai (SMPLAI) dan saya telah membuat semakan pada status keputusan latihan amali saya dan saya dapati keputusannya berjaya dan diterima. Namun pada 29 Mac 2010 jam 1.15 tengahari saya membukanya semula sistem ini untuk membuat semakan, namun saya dapati bahawa saya tiada rekod pendaftaran agensi di dalam sistem SMPLAI seolah-olah saya tidak pernah memohon penempatan sebelum ini sebelum ini sedangkan semakan saya sebelum ini di SMPLAI statusnya adalah berjaya.

Saya telah berhubung dengan pihak urusetia Latihan Amali / Industri di Fakulti Pengajian Islam, dan dari semakan pihak urusetia Latihan Amali / Industri di Fakulti Pengajian Islam, dan dari semakan pihak urusetia Latihan Amali / Industri di FPI, status saya adalah berjaya dan diterima tetapi mengapa di screen saya statusnya ialah saya tidak mendaftar.

Mohon pihak puan dapat memperbetulkan serta mengambil tindakan selanjutnya keadaan ini kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan saya tidak tersenarai di dalam senarai pelajar yang akan mengikuti latihan amali pada tahun ini malah akan menyebabkan saya gagal di dalam latihan amali tahun ini.

Sekian terima kasih,

Nama
No. Matrik
Jabatan & Fakulti
No. Tel
email

cc. Encik Muhammad Yazid Othman
Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat, FPI, UKM
mdyazid@ukm.my

Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
Ketua Jaringan Industri & Masyarakat, FPI, UKM
dzuwan@ukm.my
__________________________________________________________________
*Nama dan alamat penerima bergantung kepada email masing-masing. Harap maklum.

Akidah Pemangkin Mahasiswa Berkualiti




Akidah Pemangkin Mahasiswa Bekualiti

Adalah menjadi suatu kewajiban kepada seorang Muslim itu untuk dia memahami akidah yang dipeganginya dan beriktikad dengan akidah yang sahih. Untuk beriktikad kepada akidah yang sahih maka di sana adanya perkara-perkara yang perlu dipelajari dari para Ulama yang muktabar atau dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran di dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah Islam itu sendiri. Secara dasarnya, mereka yang beriktikad bahawa Allah adalah Tuhan yang Esa dan tiada Tuhan selainNya serta Nabi Muhammad SAW sebagai utusanNya adalah Muslim biarpun apapun fahaman atau mazhab yang dipegangnya. Hal ini disabitkan kepada pengakuannya Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah.Adapun pengertian iman itu pula adalah ‘membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan.’

Imam Hasan al-Banna di dalam Allah fi al-Aqidah al-Islamiyyah menggambarkan akan dua katogeri orang-orang yang beriman. Pertamanya adalah di kalangan ganerasi terdahulu umat Islam yang telah mempelajari akidah secara lansung daripada Nabi Muhammad SAW dengan jelas dan kefahaman yang mantap. Adapun golongan kedua adalah mereka yang berada di akhir zaman yang mempelajari akidah ini dengan kefahaman yang kurang disebabkan wujudnya pelbagai istilah-istilah yang dicampur-adukkan dengan unsur-unsur luar. Oleh kerana itu, Imam Hasan al-Banna menyeru kepada umat Islam agar kembali kepada konsep pemahaman dan pengertian yang asal daripada al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Menyatakan soal keimanan yang hanya sekadar pada ucapan-ucapan tanpa dizahirkan dengan perlakuan dan tindakan adalah batil apatah lagi jika melakukan perbuatan kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya. Seorang Muslim dan Mukmin yang baik akan bertindak mengikut segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala larangan Allah serta RasulNya tanpa mengira kedudukan dan harta yang dimilikinya. Untuk merealisasikan ‘Mukmin Super’ ini haruslah difahami bahawa ianya tidak akan terjadi secara automatik tanpa adanya sebrang usaha ke arah itu melainkan hanya dengan kehendak Allah SWT ke atas hamba yang dikehendakiNya.

Di dalam konteks kehidupan seorang mahasiswa, terdapat sesetangah dari kalangan mereka yang tidak jelas akan akidah mereka. Mungkin disebabkan kurangnya kesedaran dalam diri mereka atau mereka mengaggap bahawa ianya tidaklah sepenting mana jika mahu dibandingkan dengan assignment-assignment atau hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan. Di samping itu, pemahaman agama warisan itu seharusnya tidak boleh dijadikan alasan oleh seorang yang bergelar mahasiswa untuk dia tidak mendalami ilmu agama itu. Jika hanya beragama hanya dari sudut zahirnya namun jauh dari sudut dalaman, ia akan menyebabkan seorang itu kecundang ke arah yang tidak benar.

Mahasiswa seharusnya perlu cerdik dan bijak membahagikan masanya untuk menuntut ilmu akademik dan ilmu agama dengan menghadiri program-program seumpama usrah atau halaqah yang mana ia mampu memberikan satu ketumbukan yang maha dahsyat dalam diri seseorang itu. Sebagai contoh, mahasiswa yang mengikuti usrah akan mendapat ’kredit ekstra’ berbanding dengan mereka yang hanya berada di bilik-bilik dan menghabiskan masa dengan melayan karenah Facebook dan bermain dengan latop-latop kesayangan mereka.

Oleh itu, mahasiswa seharusnya sedar akan tujuan sebenar dia dipilih oleh Allah SWT sebagai warga pusat pengajian tinggi yang mana tidak bukan hanya untuk menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek tanpa mengira bahawa ianya merupakan subjek pilihan mahupun wajib ambil. Mahasiswa yang berakidah sahih tidak akan membiarkan saudara-saudara seagama mereka terus hanyut dengan dunia mereka sendiri yang sentiasa menjerumus kepada kelalaian dan kemaksiatan kepada Tuhan. Bahkan mereka sentiasa akan berusaha menyelamatkan mereka sebelum jauh ditenggelami dengan lautan kelalaian. Di zaman kini, hidup kita sudah tidak asing dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang sentiasa datang kepada kita walaupun kita cuba untuk menjauhinya. Oleh kerana itu, amatlah penting dikuatkan akidah dengan dipasakkan betul-betul di dalam hati supaya diri itu menjadi ‘kebal’ terhadap segala pancaroba dunia. Namun segalanya terletak atas usaha kita sendiri samada untuk mengecapinya mahupun sebaliknya.

Monday, March 29, 2010

Makluman

KEPADA SEMUA PELAJAR JABATAN USULUDDIN & FALSAFAH TAHUN DUA SESI 2008/2009, ANDA DIMINTA UNTUK MENGAMBIL BORANG TAJUK LATIHAN ILMIAH ANDA DI PEJABAT JABATAN USULUDDIN & FALSAFAH DENGAN KADAR SEGERA. TARIKH PENYERAHAN BORANG INI ADALAH PADA MINGGU HADAPAN. HARAP MAKLUM.

Carta Organisasi KUFAH sesi 2009/2010

Saturday, March 27, 2010

Saff Kepimpinan Kufah 2009/2010

Salam Alaik. Mohon maaf atas kesibukan yang melanda, tidak sempat untuk mempublishkan mereka-mereka yang baru dilantik dalam organisasi Kufah sesi 2009/2010. Terima kasih kepada semua mantan-mantan yang banyak memberi jasa dan sokongan. Exco-exco yang dilantik, baru ataupun lama, selamat berkhidmat! Lillahita'ala, insyaAllah.


Majlis Tertinggi Kelab Usuluddin dan Falsafah



Yang diPertua : Muhammad Faisal bin Muhammad Ayub
muhammadfaisalayub@yahoo.com



Timbalan Yang diPertua : Mohd Nakhoie bin Ahmad Badawi
mohdnakhoie_88@yahoo.com



Naib Yang dipertua 1 : Fatin Nabilah binti Mohd Tahir
atin1289@yahoo.com.my


Naib Yang Dipertua 2: Siti Salihah binti Yang Amri
ryu_jpoon114@yahoo.co.uk

Setiausaha Agung : Najehah binti Kamaruddin
nadwatun_hasanah@yahoo.co.uk


Timbalan Setiausaha : Nurul Hayati binti Sabri
kihahayati@yahoo.com



Bendahari : Nor Atiqah binti Mohd Naaim
tiqah_naaim@yahoo.com



Timbalan Bendahari : Nur Kartika binti Kamarolzaman
scorp_embargo@yahoo.com


Barisan Exco Kelab Usuluddin dan Falsafah





Exco Kebajikan dan Kerohanian : Nurul Nasriah binti Abd Khoder
nasr_azzahra@yahoo.com



Exco Kebajikan dan Kerohanian : Abdul Aziz bin Abdul Rahman
aziz_0703@yahoo.com




Exco Akademik : Ahmad Faizuddin bin Ramli
faizassyirazi@yahoo.com





Exco Akademik : Nur Hasyilah binti Md Akip
lubahah@yahoo.com



Exco ICT dan Penerbitan : Mohd Umar bin Mohamed Salleh
umaralbanjari@gmail.com





Exco ICT dan Penerbitan : Faizatul Najihah binti Mohd Azaman
najihahfaizah@yahoo.com.my



Exco Serantau Luar : Mohd Fadhlul Hakim bin Abd Latif
hakim_muslim88@yahoo.com



Exco Serantau Luar : Juwairiah binti Mohamed Safari
ummuhanani@hotmail.com



Exco Sukan dan Rekreasi : Mohd Alif Aiman bin Badrul Shahar
cniosz_kidzs@yahoo.com



Exco Sukan dan Rekreasi : Sakinah binti Mohammad
raudhatuz_zahrah@yahoo.com



Exco Keusahawanan & Pemasaran : Siti Aminah binti Ishak
sitiaminah_ishak@yahoo.com


Exco Keusahawanan & Pemasaran : Ammunul Hazdhihil bin Aggu Salim Halmee
armanysz@yahoo.com


Exco Keusahawanan & Pemasaran : Muhammad Afiq bin Che Anuar
afiqmaca88@yahoo.com

Senarai Ajaran Sesat di Malaysia

Salam.

Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia. Terlalu banyak, jadi apa yang anda boleh fikirkan? ( sebarang penambahan boleh dikongsi bersama.. )

1.Narul Haq
2.Budi Suci
3.Al-Watan
4.Budi Suci Sejati
5.Jawa Faradin
6.Silat Sunda Pukulan Ghaib
7.Tusuk Hikmat
8.Ilmu Kebatinan
9.Potong Maya
10.Naluri
11.Kaula
12.Haqqullah Syahadah
13.Rampai
14.Wali Suci
15.Kalimat Sakti
16.Silat Pukulan Jarak Jauh
17.Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18.Zikir Sha’ban Islam Haq
19.Asal Wujud Garis Laksamana
20.Al-Ma’zat
21.Ilmu kebatinan
22.Abdul Manan bin Harun – tolak hadis
23.Ilmu mentauhidkan Allah oleh nasrun S. T. Qahar
24.Kumpulan Ikhwan/al-Mas
25.Kuasa ghaib (tahan diri)
26.Mohd Nordin Putih
27.Nasrun S. T. Qahar
28.Roslan Katimun atau ajaran Wali Sembilan
29.Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
30.Wali Sembilan
31.Khatijah binti Ali atau Puan Tijah
32.Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
33.Ajaran Mohd Seman al-Banjari
34.Al-Arqam
35.Golongan anti hadis
36.Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali sebagai Hj. Ahmad al-Walidie (Pak Su)
37.Syiah
38.Ajaran Hj. Ghazali Othman, Hulu kelang
39.Ajaran Hj. Kadar Ahmad
40.Ajaran ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
41.Ajaran ilmu Hakikat atau Jahar Dumin Hulu Langat
42.Tarikat Mufaridiah
43.Ajaran Hassan Anak Rimau
44.Tarikat Aurad Ismailiah
45.Ajaran Martabat Tujuh
46.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47.Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
48.Ajaran ilmu hakikat Hassan bin Jonit
49.Ajaran Ahmadiah/Qadani
50.Ajaran Mohd Nor Seman
51.Ajaran Ayah Pin
52.Ajaran Bahai
53.Al-Ma’unah
54.Ajaran Azhar Wahab
55.Ajaran Hj. Banuar







"Jagalah akidahmu dan didiklah akidah yang benar kepada generasimu..kerana akidah itu asas.."


مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا



Muhammad (SAW) is not the father of any man among you, but he is the Messenger of Allah and the last (end) of the prophets. And Allah is Ever AllAware of everything( surah Al-Ahzab,40)

Friday, March 12, 2010

Kerja oh kerja...

Kepada para pelajar yang nak cari kerja khususnya pelajar tahun akhir, boleh layari blog http://www.kerjaohkerja.com/ yang memuatkan iklan kerja-kerja terkini dari surat-surat khabar perdana seperti utusan, berita hairan, metro dan sebagainya. Blog yang mencapai hit dan rangking tinggi ini dikemaskini setiap hari dan bagus serta memudahkan mereka yang ingin mencari bekerja tanpa perlu memenatkan diri menyelak helaian surat khabar yang terlalu banyak iklan yang bukan iklan kerja.

Thursday, March 4, 2010

AGM KUFAH 2010


Cabutan Bertuah! Hadiah Menarik pastinya menanti anda!

KLIK UNTUK BESARKAN :
PERTANYAAN? HUBUNGI : NORAINI cahayamataku_nbi@yahoo.com
NAJIHAH najihahfaizah@yahoo.com.my

Wednesday, March 3, 2010

Coke Vs Cola Radix :)


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk
membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.

_sumber dari seorang teman. kalau tak percaya, jom cuba eksperimentasi!_

Alhamdulillah, sekarang ada syarikat Islam telah menawarkan produk halal toyyibah yang mempunyai produk COLA RADIX. Sekadar informasi buat kawan-kawan yang tidak tahu, Radix Cola mempunyai tekanan gas yang rendah; sesuai dengan semua peringkat umur, dan kandungan gula yang sangat rendah!

Justeru, apa tunggu lagi? Mari kita imarahkan industri perniagaan Islam dengan menggunakan produk-produk yang halal lagi bersih. Ingatlah, bahawa, setiap makanan dan minuman itu akan menjadi darah daging kita, pesanan Nabi Muhammad SAW tentang hati, jika baik hati itu, baiklah seluruh anggotanya. Dan semuanya bermula dari makanan! So, lets check it out our foods and fruits! Make sure its gonna be HALAL TOYYIBAH!

tempat pemprosesan udang kering. ada anjing? nauzubillah..


bila kita tindihkan 2 tin pepsi, akan terangkum perkataan...? apa motif semua ini?

dan banyak lagi..anda boleh lihat, di

http://www.youtube.com/watch?v=JeCxot5NSpk

www.youtube.com


http://www.4shared.com/file/233065119/9cef73a8/Enter_The_Subliminal_-_Hidden_.html

Semoga bermanfaat. Jom, selidik bahan-bahan dalam makanan! Alternatif Islam sudah terhampar, kenapa masih perlukan produk kuffar? Sama-sama pertimbangkan.
Allahu'alam.

Tuesday, March 2, 2010

Maher Zain (2 tracks) by hilmi_ayie10 - MixPod.com

Maher Zain (2 tracks) by hilmi_ayie10 - MixPod.com

KETAGIHAN LAMAN SOSIAL MAYA

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR

FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.

Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.

Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.

Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.

KETAGIHAN Facebook boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku seseorang tanpa disedari. 

Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa."

Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.

Ketagihan Facebook

"Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.

"Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan," jelasnya yang mengganggap sistem itu sebagai tidak rasional.

FAIZAL mengaku beliau teruja apabila menerima komen daripada para peminatnya dalam Facebook. 

Tambahnya, penyelesaian ketagihan Facebook boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.

"Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.

"Kaedah psikologi perlu bagi mengurangkan ketagihan individu yang mempunyai pemikiran tidak rasional akibat pengaruh Facebook. Di sini perlunya sokongan individu terdekat seperti keluarga, pasangan dan teman rapat," katanya.

Kaunseling, bimbingan dan nasihat mampu membantu menyedarkan individu yang ketagihan Facebook supaya mereka tidak berterusan gagal menguruskan masa dan kehilangan kemahiran sosial akibat terikat dengan komunikasi alam maya.

Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

"Facebook membuatkan saya leka dan melekat di depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar. Tetapi, saya menggunakan alternatif lain iaitu iPhone supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa membazirkan masa di depan komputer.

"Bagi saya, Facebook dapat meningkatkan komunikasi secara efisien dan tidak patut diharamkan. Tindakan mengharamkan Facebook ibarat menafikan perkembangan teknologi maklumat dan kita akan ketinggalan dalam pelbagai sudut," katanya.

Tambah Faizal, apa yang wajar dilakukan ialah pemantauan daripada kerajaan supaya menyekat laman-laman Facebook yang mengajak masyarakat menghina atau membangkitkan isu-isu yang boleh mengakibatkan pepecahan.

MOHAMED FADZIL percaya pendekatan psikologi dapat membantu mereka yang mengalami masalah ketagihan Facebook. 

Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim berpendapat, masyarakat hari ini memanfaatkan Facebook atas dasar kesibukan dan melaluinya banyak maklumat terkini diperoleh daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

"Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah," katanya.

Pelakon dan hos, Julie Woon mengatakan dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku disebabkan Facebook kerana menganggap ia tindakan individu yang mempunyai agenda tertentu.

"Saya sentiasa mengemaskini laman Facebook kerana bidang kerja yang memerlukan saya berhubung dengan teman-teman dan para peminat. Selain itu, banyak ejen mencari saya di Facebook untuk tujuan kerja kerana tidak mempunyai nombor telefon saya," katanya.