Wednesday, February 24, 2010

Tips bersosial melalui talian

Apa sahaja medium sosial internet yang digunakan samada blog, jaringan sosial, dan sebagainya, ada beberapa tip yang boleh diamalkan supaya menjadi pengguna yang berhemah dan aktiviti sosial yang dijalankan adalah benar-benar berkesan dan bermanfaat:

1. 'Berjabat tangan' dengan yakin dan memperkenalkan diri dengan jelas
2. Menunjukkan bahawa anda memang berminat dari sekadar menyatakan anda berminat
3. Menggunakan nama manusia walaupun bukan nama sebenar (bukan nama bukan manusia)
4. Minta maklumat contact orang lain dan memberikan contact sendiri
5. Gunakan ayat dan frasa yang boleh menarik orang lain terhadap 'minat' anda yang menjadi tujuan anda bersosial melalui internet seperti hobi, maklumat, ilmu dsb.
6. Menanyakan soalan terbuka yang menarik minat orang lain untuk memberikan pandangan sendiri
7. Jangan cuba 'menjual' diri atau 'produk' anda secara langsung. Sebaliknya tumpukan kepada pembinaan 'hubungan sosial atas talian' yang akhirnya akan secara tidak langsung membina pasaran anda sendiri
8. Tumpukan supaya diri anda menjadi berharga kepada orang lain di samping menumpukan untuk menghargai orang lain
9. Tawarkan pertolongan dan minta pertolongan bila perlu
10. Berkomunikasi dengan semua lapisan dan kumpulan masyarakat

Semoga mendapat manfaat...

Tuesday, February 23, 2010

Cinta sejati suami


Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
2010/02/23

KUANTAN: Seorang warga emas bukan saja terpaksa menguruskan isterinya yang lumpuh akibat angin ahmar seorang diri sejak 15 tahun lalu malah dirinya tidak dipedulikan sembilan anaknya walaupun mereka tinggal berhampiran.

Difahamkan warga emas berusia 87 tahun itu yang menetap di Kampung Paya 3, di sini, terpaksa mengharungi perjalanan hidup penuh ranjau sejak isterinya, Rozimah Di, 50, diserang penyakit berkenaan hingga menyebabkannya lumpuh dan tidak mampu bercakap.


Lebih menyedihkan penderitaan suami isteri terbabit langsung tidak dipedulikan sembilan anak walaupun ada antaranya tinggal berhampiran rumah bapa kandung mereka.


Warga emas terbabit, Ramlan Ahmad Salleh, berkata dia terpaksa menempuh hari mendatang dengan penuh kesedihan dan amat memerlukan perhatian anak-anak ketika dilanda kesusahan.


Katanya, dia dan isteri kini hanya ditemani seorang anak bongsu mereka berusia 17 tahun, Mohd Nor Salam Al Hafiz Ramlan yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun akibat ditimpa kemalangan menyebabkannya patah kaki.


“Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak...namun sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Betapa besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu tapi adakah mereka (anak-anak) dapat menilai pengorbanan ini apabila ibu mereka sendiri tidak mampu lagi bergerak dan hanya mengharapkan bantuan,” katanya ketika ditemui.


Katanya, dia yang tidak lagi mampu bekerja hanya mengharapkan bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan mereka tiga beranak.


“Isteri saya hanya mendapat bantuan zakat RM200 sebulan dan memang tidak cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya.


Ramlan berkata, segala urusan seharian Rozimah diuruskannya serta anak lelakinya itu kerana isterinya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil.


“Saya kasihan melihatnya, di saat begini pasti kelibat anak-anak terbayang di wajahnya namun Allah saja yang tahu perasaannya.


“Saya dapat merasakan dari air mukanya,” katanya sedih.


Katanya, jika isterinya sakit tenat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital, dia terpaksa mendapatkan khidmat teksi untuk membawa wanita itu kerana tidak dipedulikan anaknya.


“Saya tidak tahu sampai bila mereka (anak-anak) akan sedar, saya hanya mampu berdoa semoga satu hari nanti mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa,” katanya.


Menurutnya, kehidupan mereka bertiga di rumah berkenaan juga mengalami kesukaran apabila ketiadaan bekalan air sejak berpindah ke kawasan itu kira-kira lapan tahun lalu.


“Sudah beberapa kali saya memohon, namun sehingga kini kami masih tidak mempunyai bekalan air paip...yang ada hanyalah dihantar mereka menggunakan lori sebulan sekali,” katanya.






Friday, February 12, 2010

Amaran!!!

Suami keji

Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my
2010/02/12

KUALA LUMPUR: Walaupun pernah melakukan solat taubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk iaitu mencabul dua anak tirinya, seorang lelaki bukan saja melanggar janji dibuatnya, malah sanggup memukul isteri selepas wanita terbabit berleter dan mengungkit mengenai sikap rakusnya.
Tidak tahan sikap suaminya yang ketagih seks luar biasa selain mahu melihat lelaki itu berubah, wanita berkenaan nekad melaporkan kejadian memalukan itu kepada polis, Isnin lalu, selepas kira-kira dua tahun memendam rahsia berkenaan.


Difahamkan, wanita berusia 41 tahun itu mengetahui perangai suaminya yang suka mencabul dua anak gadis berusia belasan tahun selepas kedua-dua anaknya menceritakan kejadian yang menimpa mereka sejak dua tahun lalu, namun enggan membuat laporan disebabkan percaya janji suaminya untuk berubah.


Ini kerana suaminya yang berusia 40-an pernah bertaubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap dua anak tirinya membuatkan wanita itu mempercayai kata-katanya.


Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila lelaki terbabit mengulangi perbuatan itu ke atas kedua-dua anak tirinya di rumah mereka di Bandar Tun Razak, Cheras di sini dan kali ini kejadian menjijikkan itu dilihat sendiri wanita terbabit.


Menurut sumber, wanita itu beberapa kali ternampak suaminya dalam bilik anak gadisnya ketika bangun tidur pada awal pagi dan lelaki terbabit dilihat terbongkok-bongkok seperti mencari sesuatu, baru-baru ini.

“Namun, ketika ditanya, suaminya memberitahu dia mahu menyelimutkan anak tirinya kerana mereka kesejukan.


“Alasan itu tidak masuk akal membuatkan wanita berkenaan curiga dan mengesyaki suaminya mahu mengulangi perbuatan terkutuknya yang suka mencabul dua anak gadisnya,” katanya.


Menurut sumber, wanita berkenaan tidak mempercayai alasan itu dan cuba meminta penjelasan suaminya.


“Malah, dia cuba menasihati suaminya berjumpa pakar kaunseling untuk merawat ketagihan seks luar biasanya.


“Namun, lelaki terbabit mendakwa yang dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu kerana sudah berjanji dan bertaubat sebelum ini,” katanya.


Sumber berkenaan berkata, wanita itu yang masih tidak mempercayai kata-kata suaminya mengungkit kembali apa yang pernah dilakukan suaminya dua tahun lalu.


“Mendengar kata-kata itu, suaminya berang lalu memukul isterinya.


“Berikutan itu, wanita berkenaan yang tidak dapat menahan lagi penderitaan dialami dan dua anaknya yang kini trauma dengan perbuatan keji itu membuat laporan polis,” katanya.


Difahamkan, anak bongsu wanita itu yang berusia 17 tahun mendakwa dicabul sejak berusia 12 tahun manakala anak sulungnya yang berusia 19 tahun dicabul sejak berusia 15 tahun.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan.

p/s: apakh hukuman yg setimpal bg lelaki ini pada pndapat shbat2x?

myMetro | Ketam raksasa di Birmingham

myMetro Ketam raksasa di Birmingham

LONDON: Memiliki kaki panjang dan penyepit berbahaya, seekor 'raksasa' laut dalam kini menjadi ketam paling besar pernah disaksikan di Britain.

KETAM  LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.
KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.
Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun.

Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.

Jika cukup matang, kakinya boleh menjadi sepanjang 4.6 meter.

Ketam itu ditangkap nelayan di Lautan Pasifik dan dibawa ke Britain untuk dipamerkan di Pusat Hidupan Laut Kebangsaan di Birmingham.

Jika dikeluarkan dari air, ketam itu kelihatan lemah kerana kakinya tidak mampu menampung berat badan.

Namun, di habitat asal - lebih 760 meter di dalam laut - ia adalah haiwan pemangsa yang digeruni.

Keadaan itu tidak menghalangnya terancam kerana ia juga banyak diburu manusia kerana menjadi hidangan kegemaran masyarakat di Jepun.

Biasanya, di negara itu, ketam berkenaan ditangkap untuk dimasinkan dan dikukus.


Bagaimanapun, penangkapannya diharamkan ketika musim mengawan sehingga ia bertelur.

Kurator Pusat Hidupan Laut Kebangsaan, Graham Burrows, berkata ada sesetengah pihak mendakwa ketam jenis itu boleh membesar dengan kaki mencapai panjang empat meter.

Katanya, untuk sementara, ketam berkenaan akan disimpan dalam tangki berisi air dingin sehingga hujung Mac ini.

Selepas itu, katanya, ketam berkenaan dijadualkan dipindahkan ke Pusat Hidupan Laut Blankenberge di Belgium.

"Walaupun sangat besar, ia tidak agresif atau mengancam hidupan lain di sini.

"Justeru, tiada apa yang perlu dibimbangkan orang ramai," katanya. - Agensi

Sunday, February 7, 2010

Kufah di Beijing




ISTANA MAHARAJA "PANGLIPUR"

Alhamdulillah....syukur kehadrat Ilahi,dengn segala limpah kurnia dan Inayahnya program Kufah iaitu JEJAK WARISAN ILMU ISLAM KE CHINA 2010 berjalan dengn lancar. Program ini berlangsung pada 31 Jan- 5 Feb 2010.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih kami ucapkan kepada lectural2x yg turut bekerjsama bagi menjayakan program ini. tidak lupa juga kpada agen iaitu yg lebih mesra dikenali sebagai Usu, yang mna beliau banyak memberi sumbangan bagi program ini. Disamping itu juga terima kasih diucapkan kpada Pemandu pelancong yang melancarkan lagi program Jejak Warisan Ilmu Islam ke China ini, beliau merupakan warga asal China, ttpi berusaha bljar bhsa indonesia oleh itu beliau lebih mesra dikenali sebagai Pak Budi...hasil disiplin yang diejarkan oleh Pak Budi kekal dalam ingatan Kami " Kamu mesti on time yaa.."...


Saat2x manis dimana student mahupun lectural yg x on time perlu didenda....." kena nyanyi.."huhuhu...saat2 Pak Budi dan Usu wat jenaka...it so sweet memory..

Before bertolak..

check in to Jian Xiang Hotel, Beijing.

Cuaca yang sejuk tidak mengganggu kelancaran program..



Friday, February 5, 2010

Keep blogging...

Well done to the admin and all the supporters of this welcomed blog. Warmly to wish you best and hope that it would be a platform to discuss anything that matters to your own good whether it is related to intelectually, spiritually or emotionally thing. Although academically we are permitted to say anything we want, however please remember to avoid anything harmful such as anything that would slander or defame others or anything that would make you guilty by the law of God and the law of Malaysia. Other than that, you are free like a bird in the sky to fly to wherever you want. Best wishes from me...
Abu Zinnirah wa Lubaynah