Saturday, March 30, 2013

Kem Ibadat Smart Solat (K.I.S.S)

Sambungan  daripada post sebelum ini, tentang KISS .. Terima Kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada adik-adik SMKA Durina Guling yang sporting habis dan baik melayan kami ini, dan sekarang "snap post". Ini lah  gambar-gambar kenangan sepanjang program KISS berlangsung bersama selama 3 hari 2 malam.

































































Sekian Terima Kasih .... Support Kufah!!




Sunday, March 24, 2013

Al-Fatihah untuk alMarhumah "Mahani Hamzah"

24 MAC 2013

Pemergian seorang pelajar UKM, "Mahani Hamzah" -Usuluddin dan Falsafah Tahun 2 menjadi titik kesayuan  pelajar-pelajar khususnya rakan2 daripada jabatan sendiri. Arwah berasal daripada Sarawak dan siap disembahyangkan dan ditahlilkan di Hospital Serdang, Selangor kira-kira 8.45 mlam selesai


Diceritakan daripada rakannya, ketika arwah bangun pagi untuk solat subuh, arwah mengadu sakit kepala dan mandi pagi tu n solat subuh, rakan karibnya tolong untuk memberi arwah minum air, tetapi kali ini arwah menolak, tidak seperti biasa, dan hanya menyebut "Bismillah" dan "Allah".... dan dalam perjalanan ke Hospital,arwah tidur dalm kenderaan tersebut dan terus "tidur" selamanya~

Salah seorang rakannya yang turut menolong memandikan jenazahnya, menceritakan wajah arwah yang sangat berseri-seri dan tenang. "Arwah ini baik orangnya sepanjang saya kenal dia 2 tahun, bercakap dengan kawan2 lemah lembut sopan, tak pernah lagi sepanjang perkenalan dengannya bercakap perkara2 yang menyakitkan hati.seronok bersama dengan dia. Pergaulan dengan dia pun terjaga n tak pernah melawan cakap kawan2, guru2 dan orang tua".



"Sejak akhir2 tu, saya tengok arwah macam banyak berubah. dari tudung bidang biasa kepada yang lebih besar dan sopan, pakaiannya yang menutup aurat selama ni berubah lebih lagi menjaga aurat. dan yang paling terharu lagi, seolah-olah tengok arwah macam membuat persediaan sebelum pergi, rajin bace Quran dan puasa-puasa sunat" -(salah seorang rakan seperjuangannya)

daripada FB arwah sebelum pemergiannya,juga banyak pos status berkenaan kecintaan kepada Allah, Syurga, kematian dan lain-lain lagi yang berlaku secara kebetulan atau naluri hatinya.

Antara status terakhir yang ditulis:

"Sebuah kisah perjalanan meraih hidayah Allah, kisah menjemput cahaya yang ia rindukan dari lubuk hati terdalam....benar kata sebuah hadits, sekiranya 

kita berjalan ke arah Allah , maka Allah akan berlari menyambut kita. Itulah yang terjadi pada para sahabat yang tengah berusaha meraih hidayah Allah...."




-Daripada status rakan Usrah arwah...
"..Rindu sngt2 waktu kita berusrah..... T_T
Betul tu kak, bila sy baca nukilan2 & coretan2 Al-Marhumah, memang Al-Marhumah seorang yang pandai menulis.  sy ingat lg kata2 Al-Marhumah masa usrah terakhir kita...Masa usrah haritu, Al-Marhumah ada cakap yg impian dia ingin menjadi penulis..Dgn menulis, dakwah dapat disebarkan.. Semoga Al-Marhumah tergolong dalam kalangan org2 yang dijanjikan syurga sepertimana yg termaktub dalam kitab "Golongan Yang di Janjikan" yg telah kami bentangkan ketika usrah pada 21/3/2013 aritu...Amin... T_T

Ya Allah!
Kau tempatkanlah sahabatku ini di kalangan orang yang beriman,
Kau permudahkanlah saat kebangkitannya nanti,
Kau permudahkanlah saat penghisaban amalannya nanti..

Bersabarlah duhai jiwa yang sedang diuji..Tabah & sabar adalah pengubat jiwa-jiwa yang sedang getir menempuhi ujian..

Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)"



*Perjalanan hidupnya sangat sesuai untuk dijadikan teladan untuk kita contohi, untuk saya (penulis) dan untuk kalian juga. Kita juga tidak tahu perjalanan akan datang dan seharusnya kita mesti bersedia untuk mengahdapi perjalanan yang seterusnya.. moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.Aminn~ (al-Fatihah)*

-turut hadir di hospital ialah ahli keluarga dan saudara arwah, rakan2 seperjuangan, para pensyarah dan Penasihat KUFAH, Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah, rakan2 Persatuan Mahasiswa Sarawak UKM, kakitangan UKP UKM dan Tuan Hj Musa.



                 -abang kandung arwah dan warisnya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah-




-jenazah dibawa ke KLIA untuk dihantar ke Sarawak, untuk dikebumikan-


Thursday, March 21, 2013

KEM IBADAT SMART SOLAT '13

KEM iBADAH SMART SOLAT '13

Pada 14 hingga 17 Mac yang lalu, Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH) telah menganjurkan satu program Kem Ibadah SMART Solat bertempat di SMKA Durian Guling, Marang Terengganu. Kem tersebut telah di hadiri seramai 133 orang peserta terdiri dari pelajar tingkatan dua sekolah tersebut. Seramai 36 orang fasilitator dari ahli Kelab Usuluddin dan Falsafah telah turut serta menjayakan program ini selama 3 hari 2 malam.


Antara objektif program ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar SMKA DG mengenai kaedah solat yang sempurna berdasarkan riwayat-riwayat dari hadis Nabi s.a.w yang shahih dari sumber kitab hadis dan fiqh yang muktabar. Selain memberi pendedahan solat yang sempurna, program ini bertujuan untuk memeberikan pendedahan kepada ahli kufah secara amnya mengenai pengamalan dan masalah yang terdapat  dalam masyarakat diluar sana disamping membina keyakinan para ahli untuk bercakap dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat. Program berakhir dengan majlis perasmian penutupan yang dihadiri oleh wakil dari ukm iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Sunawari Bin Long dan wakil dari SMKA DG iaitu Puan Hafizah binti Said selaku Penolong Kanan 1. Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan secara konsisten pada masa akan datang dengan sokongan dari semua pihak.