Lakukan ini sebaik sahaja saudara membacanya.
NAMUN KETIKA SUJUD NANTI, TIDAK PERLU
MENGINGATI APA YANG SAYA TULIS INI.
Jangan terikat dengan text. Tidak
perlu ikut satu persatu mengikut senarai di bawah. Lakukan dengan penuh
kejiwaan dan benar-benar sujud kepada Allah SWT.:
1. Duduklah seperti duduk antara dua sujud.
2. Ingatkan kembali saat-saat saudara
menerima sesuatu yang menggembirakan. Saat-saat kejayaan saudara.
Saat-saat yang membuatkan saudara bahagia. Saat ini kerana masih
diberikan iman. Saat ini kerana terus dikasihi oleh Allah SWT yang
sentiasa memberikan kesedaran agar kita kembali kepadaNya.
3. Perlahan-lahan berterima kasihlah pada Allah SWT yang menjadikan siapa kita pada hari ini.
4. Teruslah berterima kasih pada Allah.
Teruslah bersyukur kerana Allah menjadikan “inilah diriku saat ini yang
masih menyedariNya. Yang masih diberikan keimanan untuk terus
meyakiniNya”.
5. Terus tingkatkan kesedaran saudara
kepada Allah dengan perlahan-lahan komunikasi dengan Allah. “ya Allah
terima kasih ya Allah kerana Engkau telah jadikan aku sepertimana
sekarang ini ya Allah. Walaupun aku diuji olehMu ya Allah, syukur
kepadaMu kerana Engkau masih memimpin aku terus menyedariMu ya Allah.
Ya Allah terima kasih ya Allah, banyak
yang telah Engkau beri padaKu ya Allah. Tapi banyak perintahMu ya tidak
terdaya untuk aku laksanakan dengan baik ya Allah.”
6. Kemudian beristighfarlah (dengan suara yang perlahan) memohon maaf pada Allah. Mohonlah maaf dengan bersungguh-sungguh.
7. Perlahan-lahan… SUJUDlah.
Terima kasih pada Allah di dalam sujudmu. Rendahkanlah hatimu terhadap Tuhanmu. Sedarilah bahawa dirimu hanyalah hamba yang dijadikan atas kehendakNya. Pujilah Tuhanmu perlahan-lahan sebutkan…
Subhaana rabbiyal a’la wabiham dih (dengan benar memuji Allah iaitu maha suciMu ya Allah Yang Maha Tinggi).
Teruskan sujud dengan memuji Allah.
Selagi dirimu tidak mampu menyedariNya, teruskan. Selagi diriMu tidak
mampu menyedari kehambaan dirimu dan keTuhananNya… sujudlah.
Mohonlah maaf kepada Allah dalam
sujudmu. Mohonlah kemaafaan dengan benar. Mohonlah kemaafan kepada
Allah.. Tuhanmu.. bukan kawan-kawan.. bukan ibu ayah.. tetapi yang
sedang kamu sujud ini adalah TUHANMU. Kemudian hanya di dalam hatimu,
berterima kasih pada Allah.
Elakkan untuk memohon apa-apa pun. Sujud
ini adalah untuk memuj, memohon maaf dan berterima kasih sahaja. Terus
berterima kasih kepada Allah.
Berterima kasih walaupun Allah menguji
dengan sesuatu yang kita anggap musibah namun hari ini kita memahami
tanpa ujian itu, kita tidak akan jadi seperti kita hari ini.
Lakukan sujud sebegini selalu di dalam solat Fardu dan sunat.
*********
Manafaat Sujud Sebegini
Di saat saudara di dalam jiwa difujurkan oleh Allah kerana tidak redha dengan apa yang berlaku SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa… SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa… SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH.
Di saat saudara bahagia… SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH
Di saat saudara rindukan Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.
Otak yang sudah menyimpan sebuah
pengalaman sujud yang benar pasti akan cepat mengaktifkan sebuah rasa
syukur dan pasrah bersama kemaafan kepada Allah SWT.
Ilham dari Allah mewujudkan sebuah rasa
dan mengaktifkan fikiran yang disimpan di otak. Gabungan fikiran ini
akan diintegrasikan oleh akal yang mampu mengenal baik dan buruk.
Integrasi fikiran yang dikendalikan oleh akal akan wujud sebuah fikiran
yang baru. Fikiran yang baru akan disimpan di dalam otak bersama fikiran
yang lepas. Proses ini terus berulangan.
Seandainya ilham fujur yang diterima,
maka fikiran-fikiran negatif akan terjana. Sukar untuk kita membuangnya
melainkan kita membina fikiran-fikiran positif.
Fikiran positif tidak mampu dijana
dengan memaksa otak membinanya sendiri. Hanya jiwa yang diilhamkan
dengan taqwa mampu membina fikiran positif. Ketika fikiran positif lebih
banyak, sendirinya fikiran negatif akan hilang (neuron dalam otak
kembali ke asal tidak bersambung membentuk fikiran negatif).
Ketika kita berterima kasih di dalam
sujud dengan kerendahan hati serta menyedari kehambaan diri dan
keTuhanan Allah SWT, fikiran menyimpan sebuah rasa keimanan dan sujud
menjadi aktiviti pengaktifan fikiran ini.
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan
ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di
samping keimanan mereka (yang telah ada)…
(Al Fath 48 : 4)
(Al Fath 48 : 4)
Apabila kita berhadapan dengan sesuatu
ujian Allah SWT, SUJUD mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah
kita alami di dalam SUJUD kita sebelum ini.
Oleh itu, ketika mendirikan solat,
lakukanlah SUJUD dengan benar dan saudara akan merasai betapa nikmatnya
sujud kepada Allah SWT.
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2 : 153)
(Al Baqarah 2 : 153)
Semoga bermanafaat. Manafaat akan dirasai ketika diri melakukan.
credit : Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Selain itu, jika kita rasa terlalu tertekan, sunyi dan tidak ada tempat untuk meluahkan, oleh itu sahabat-sahabat, KUFAH mencadangkan kunjungilah unit kaunseling yang sentiasa sedia ada untuk membantu kita!!
sekian dari kami =)
senyum-senyum selalu..