Monday, February 28, 2011

Solat. Kenapa perlu alasan?



Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya. T__T



Tengok gambar-gambar lain dan lihatlah. TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSOLAT.






Kat Malaysia susah nak jumpa macam ni. Yang peliknya juga, kat dalam masjid besar-besar tersergam indah pun susah nak tengok ramai kecuali hari raya. Yang sunat-sunat je. Yang wajib jangan lupa!

Tuesday, February 22, 2011

15 perkara yang menjadi pintu masuk dan keluar syaitan.


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" Surah Anbiya ayat 87.
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Sunday, February 20, 2011

kerana kulit manusia.


Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand
telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit
(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh
kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang
terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan
musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati
selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa
sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :
"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga
kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana".

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih.
Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al
Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

Mahasiswa dan politik kampus

Mahasiswa yang berprinsip jauh lebih baik daripada mahasiswa yang menjadi percaturan pihak tertentu (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)

Islam merupakan sebuah agama yang padanya terangkum segala yang berkaitan dengan kehidupan manusia daripada sekecil-kecil perkara seperti adab masuk tandas sehinggalah kepada kepada sebesar-besar perkara samada dalam aspek akidah, ibadah, muamalat, hukum hakam, memerintah negara dan lain-lain. Pemahaman yang tidak jelas dan mendalam terhadap Islam menyebabkan sesetengah dari kalangan umat Islam (baca : mahasiswa) terkeliru mengenai Islam itu sendiri yang pada tanggapan mereka Islam itu hanyalah berkait rapat dengan masjid, menunaikan lima rukun Islam seperti menunaikan solat, maka keIslamannya sudah dikira sempurna.

Adapun perkara yang selebihnya, iaitu pada aspek yang lain seperti ekonomi, politik dan undang-undang, maka ia adalah terserah 100% kepada pembawakan manusia itu sendiri tanpa perlunya campurtangan daripada syarat dengan erti kata mereka mengisolisasikan antara perkara yang bersifat duniawi dengan perkara yang bersifat uhkrawi. Rentetan daripada pemikiran seperti ini, maka sindrom ketidakpedulian untuk meresapkan kembali ruh Islam itu kedalam duniawi makin berkurangan seterusnya menyebabkan pengurusan hal duniawi hanyalah berasaskan kepada hawa nafsu dan akal manusia semata-mata tanpa dibimbing oleh wahyu.

Politik

Salah satu elemen di dalam Islam adalah politik berasaskan tugas seorang khalifah itu sendiri adalah untuk mentadbir bumi Allah SWT ini selaras dengan syara’. Al-Marhum Imam Mawardi di dalam Ahkam al-Sultaniyyah-nya menyebutkan berhubung dengan interpretasi mengenai khalifah itu yang berasaskan ayat :

إني جاعلٌ في الأرض خليفةً

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Surah al-Baqarah : 30)

dengan erti khalifah tersebut bermaksud ”mendirikan agama (Islam), dan mentadbir (siasah) dunia dengan agama”. Siasah bukan sahaja bermaksud politik akan tetapi konsep pengertiannya amatlah luar dan secara harfiyyahnya sendiri membawa maksud mentadbir. Pentadbiran pula adalah berhubung rapat dengan politik itu sendiri.

Nabi SAW tidaklah menghabiskan seluruh kehidupan baginda hanya sekadar beribadah dan berikhtikaf di masjid-masjid, mendidik ahli keluarga serta para sahabatnya semata-mata bahkan baginda SAW sendiri terlibat secara lansung dalam peperangan serta pemerintahan negara Islam Makkah dan Madinah itu sendiri. Menolak politik sebagai suatu elemen di dalam Islam seolah-olah telah mengkufuri nas-nas yang berkaitan dengannya. Hal demikian adalah sama seperti mana sikap kaum Yahudi yang mengingkari perintah Allah di dalam kitab Taurat dan hanya mengambil hukum-hakam yang sesuai dengan kehendak mereka sahaja. Sikap beriman dengan separuh dari ajaran Islam namun mengkufuri sebahagian yang lain ini ditempelak oleh Allah SWT dalam firmanNya :

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

”Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah : 85)


Politik kampus tidak penting?

Kekeliruan dan kesalahfahaman terhadap konsep politik di dalam Islam menyebabkan wujudnya tanggapan-tanggapan dan pemikiran yang tidak sihat dikalangan umat Islam khususnya dalam konteks mahasiswa. Ungkapan-ungkapan dari segelintir pihak seperti ” Ala.. buat apa sibuk-sibuk dengan politik ini. Kita datang Universiti untuk belajar dan bukan untuk berpolitik”, ”Daripada aku sibuk dengan politik sana sini, baik aku pergi studi, Untung2 sem ni aku dapat anugerah dekan lagi”, serta bermacam2 lagi persepsi terhadap politik kampus ini.

mahasiswa yang SEDAR dan prihatin menjadi agen kepada perubahan masyarakat (gambar hiasan)

Soal politik kampus bukanlah perkara yang kecil dan boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Di sinilah medan latihan atau ’praktikal’ kepada politik sebenar apabila keluarnya seorang graduan itu ke dalam masyarakat. Jika di sini kita bersikap pasif dan berkecuali dengan politik kampus, seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak peduli terhadap kepimpinan dalam kampus samada yang memerintah itu dari kalangan golongan yang berhak atau yang sebaliknya. Soal memilih pemimpin bukanlah suatu yang kecil kerana Islam itu amat menitik beratkan soal kepimpinan.

Maka tidak hairanlah menurut sumber sejarawan Ahlu Sunnah bahawa para sahabat ketika jenazah Nabi SAW masih belum dikembumikan, mereka telah berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk memilih pengganti baginda SAW walaupun dikalangan Syi’ah menganggap sahabat dan menantu Nabi SAW iaitu Ali KWJ telah dilantik oleh baginda SAW atau dengan erti kata perlantikan tersebut adalah berasaskan wahyu. Sengaja saya kaitkan perbezaan pandangan tersebut atas dasar untuk menunjukkan bahawa kedua-dua aliran dalam Islam tersebut menekankan bahawa pentingnya melantik pemimpin yang adil dan bertaqwa untuk menguruskan hal ehwal ummah.

Bayangkan sahabat2 yang dihormati sekalian, saban tahun mahasiswa dimomokkan dengan pelbagai aktiviti yang mempunyai unsur-unsur maksiat dan kemungkaran. Lihat sahaja sesetengah dari karnival-karnival yang dianjurkan tidak sunyi dari menjemput para artis untuk membuat persembahan dengan pakaian mereka yang tidak menutup aurat, dicampur pula mahasiswa lelaki dan perempuan tanpa batasan yang sepatutnya, isu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pihak-pihak tertentu dengan menindas golongan bawahan dan sebagainya. Kemudian masalah moral dikalangan mahasiswa semakin meruncing, soal agama dipandang remeh dan sebagainya.

Kesemua hal tersebut adalah berkait rapat dengan politik yang berpunca daripada pemilihan para pemimpin di dalam pilihanraya kampus. Lalu kita dengan bangga mengatakan ianya tidak berkait sama sekali dengan kita hanya kerana kita EGO (klik) dan merasakan kita telah mempunyai segalanya? Tanpa rasa bersalah sama sekali kita abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa hanya dengan merasakan aku adalah aku, datang kampus untuk belajar, then skor tinggi, dapat kerja bagus, kereta besar, rumah besar, lepas itu kawin, kumpul harta dan last sekali pergi haji dsb. Kemudian kita kata, ”maka puaslah kehidupan aku jika seperti ini..”


sebelum expired 'status mahasiswa' inilah masa untuk melakukan perubahan (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)

Sahabat2 yang dihormati sekalian, apakah kita tidak sedar bahawa pemikiran sebegini sebenarnya adalah terlalu amat jauh dengan ajaran Islam. Apakah Nabi SAW tugasnya hanya sekadar memenuhi perut baginda dan ahli keluarga baginda sudah memadai bahawa hidup baginda telah lengkap dan sempurna tanpa di sana adanya sebarang mehnah dan tribulasi dalam menegakkan agama Allah ini? Apakah baginda SAW perutnya yang mulia pernah penuh berisi dengan makanan yang lazat dan mewah-mewah? Apakah baginda SAW menetap di mahligai-mahligai seperti raja Kaisar dan Rom? Apakah baginda tidak pernah disakiti oleh kaumnya dan diancam bunuh hanya kerana mahu mendirikan syariat Allah?

Ketahuilah sahabat2 sekalian, Nabi kita, Muhammad SAW adalah seorang kekasih Allah SWT yang tiada tandingannya dan confirm dijamin dengan syurga sebeginipun menempuh pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan baginda. Inikan kita hanya umat baginda SAW yang tidak mahu melibatkan diri kita dalam masalah ummah sudah merasakan cukup dengan sedemikian tanpa rasa bersalah sedikit pun. Nabi SAW jika baginda mahu memiliki dunia dan segala isinya adalah terlalu mudah bagi baginda mahu mendapatkannya, namun mengapa baginda memilih jalan yang susah? Mengapa baginda sanggup diherdik oleh kaumnya, disakiti dan sebagainya hanya kerana mahu umatnya berpegang kepada agama ini?

Demikianlah sunnatullah dalam perjuangan menegakkan Islam. Kita sering mengisytiharkan keIslaman kita walhal kita tidak pernah diuji seperti mana golongan yang terdahulu. Skop kita sebagai mahasiswa adalah amat terlalu kecil berbanding dengan tugas baginda yang mahu mendirikan dawlah Islam namun konsepnya tidak jauh. Apakah dengan kita bersikap berkecuali atau tidak mahu terlibat lansung dengan isu politik kampus ini kita dengan bangga mendakwa kita ini telah mengikuti sunnah perjalanan baginda SAW seperti mana dinyatakan sebentar tadi?

Sabda Nabi SAW :

من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ومن لم يصبح ويمس ناصحا لله ولرسوله ولكتابه ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan umat Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka (Muslimin), barangsiapa yang paginya tidak memberi nasihat bagi Allah, bagi RasulNya, bagi kitabNya, bagi kepimpinan, bagi ummat Islam maka dia tidak termasuk dalam golongan mereka”

Kesimpulan

Persoalan yang melibatkan kepimpinan dalam konteks pilihanraya kampus adalah merangkumi dasar-dasar dan hukum di dalam Islam. Ketidakterlibatan seseorang kerana sikapnya yang mementingkan diri bakal mengundang padah kepada dirinya pada hari akhirat kelak disebabkan kegagalannya menunaikan amanahnya sebagai seorang mahasiswa @ pengundi. Malah adalah amat mudah bagi Allah SWT untuk membalas kezaliman tersebut di dunia ini, samada dia akan dikifarahkan pada kehidupannya pada masa akan datang seperti mempunyai anak bermasalah, isteri yang tidak taat, jiran yang fasiq dan sebagainya yang kita minta perlindungan dari Allah SWT agar dijauhkan daripada perkara sedemikian.

kekeliruan pemahaman boleh merosakkan kualiti mahasiswa itu sendiri (gambar hiasan)

Kesilapan memilih pemimpin yang tidak berhak (tidak berasaskan ciri-ciri pemimpin menurut Islam) juga memberikan impak sedemikian rentetan disitulah bermulanya fitnah-fitnah dalam agama dikalangan warga kampus ini. Allah memberi amaran kepada hambaNya dengan mengancam dengan azab neraka. FirmanNya :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud : 112-113)

Pemimpin yang fasiq dan membawa ideologi selain Islam akan mengakibatkan kemusnahan pada masyarakat. Gambaran sesuatu masyarakat itu juga boleh dilihat kepada siapa yang memimpin mereka. Ibn Khaldun dalam Muqaddimah-nya, menyatakan : ” manusia itu diukur berdasarkan agama pemimpin mereka”. Jika masyarakat rosak maka pemimpinnya adalah lebih dahsyat rosaknya dari masyarakat. Al-Marhum al-Syaikh Abu Ala al-Mawdudi pernah berkata :"Jika mahu melihat masa depan Islam sesebuah negara itu, lihatlah kepada golongan anak mudanya pada hari ini "


Islam amat menitik beratkan soal pemilihan pemimpin daripada sekecil2 jawatan sehinggalah yang besar (gambar hiasan : kredit kpd blog GMUKM)

Produk mahasiswa daripada kampus yang berkualiti bukanlah terletak pada tingginya pointer atau sekadar glamour memegang jawatan yang tinggi namun pada sudut aplikasi dan gerak kerja nilainya sifar. Untuk melahirkan minda mahasiswa kelas pertama perlulah dipupuk daripada sekarang iaitu semasa masih bergelar sebagai seorang mahasiswa yang bukannya sekadar belajar semata-mata namun sanggup mengambil bahagian dan berpartisipasi dalam gerak kerja yang melibatkan kemaslahatan masyarakat kampus samada secara lansung mahupun sebaliknya. Di kampus inilah tempat untuk mencari segalanya, ilmu, pengalaman, skill dan sebagainya dalam tempoh yang hanya beberapa tahun sahaja. Amatlah malang bagi mereka yang terkeliru pemikiran dan tersasar matlamat sebenar dalam mengejar cita-cita yang dapat menjamin kebaikan kita samada di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

Bersama mengorak langkah membawa perubahan pada PRK kali ini. Semoga bermanfaat dan segala teguran dan nasihat untuk maslahat bersama amatlah dialu-alukan. (sumber)

Salam hormat dari penulis, faiz as-syirazi.

Friday, February 18, 2011

Kerana Aku Perempuan.


Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu ; kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Wednesday, February 16, 2011

Sahabat yang Baik.



Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.


Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

╔═══╦═══╦╗──╔═══╦═╗╔═╗
║╔═╗║╔═╗║║──║╔═╗║║╚╝║║
║╚══╣║─║║║──║║─║║╔╗╔╗║
╚══╗║╚═╝║║─╔╣╚═╝║║║║║║
║╚═╝║╔═╗║╚═╝║╔═╗║║║║║║
╚═══╩╝─╚╩═══╩╝─╚╩╝╚╝╚╝
╔═╗╔═╦═══╦╗─╔╦╗──╔══╦═══╦╗─╔╦═══╗
║║╚╝║║╔═╗║║─║║║──╚╣╠╩╗╔╗║║─║║╔═╗║
║╔╗╔╗║║─║║║─║║║───║║─║║║║║─║║╚═╝║
║║║║║║╚═╝║║─║║║─╔╗║║─║║║║║─║║╔╗╔╝
║║║║║║╔═╗║╚═╝║╚═╝╠╣╠╦╝╚╝║╚═╝║║║╚╗
╚╝╚╝╚╩╝─╚╩═══╩═══╩══╩═══╩═══╩╝╚═╝
╔═══╦═══╦═══╦╗─╔╦╗
║╔═╗║╔═╗║╔═╗║║─║║║
║╚═╝║║─║║╚══╣║─║║║
║╔╗╔╣╚═╝╠══╗║║─║║║─╔╗
║║║╚╣╔═╗║╚═╝║╚═╝║╚═╝╠╦╗
╚╝╚═╩╝─╚╩═══╩═══╩═══╩╩╝
╔╗──╔═══╦╗──╔╦═══╗
║║──║╔═╗║╚╗╔╝║╔══╝
║║──║║║║╠╗║║╔╣╚══╗
║║─╔╣║║║║║╚╝║║╔══╝
║╚═╝║╚═╝║╚╗╔╝║╚══╗
╚═══╩═══╝─╚╝─╚═══╝
╔═══╦═══╦═══╦╗─╔╦╗──╔╗─╔╦╗──╔╗──╔═══╦╗─╔╗
║╔═╗║╔═╗║╔═╗║║─║║║──║║─║║║──║║──║╔═╗║║─║║
║╚═╝║║─║║╚══╣║─║║║──║║─║║║──║║──║║─║║╚═╝║
║╔╗╔╣╚═╝╠══╗║║─║║║─╔╣║─║║║─╔╣║─╔╣╚═╝║╔═╗║
║║║╚╣╔═╗║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╚═╝║╔═╗║║─║║
╚╝╚═╩╝─╚╩═══╩═══╩═══╩═══╩═══╩═══╩╝─╚╩╝─╚╝
╔═══╗──╔═══╗──╔╗╔╗╔╗
║╔═╗║──║╔═╗║──║║║║║║
║╚══╗──║║─║║──║║║║║║
╚══╗║──║╚═╝║──║╚╝╚╝║
║╚═╝║╔╗║╔═╗║╔╗╚╗╔╗╔╝
╚═══╝╚╝╚╝─╚╝╚╝─╚╝╚╝

Firman Allah Taala: “Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah Al-A’araf, ayat 157)

*SALAM MAULIDURRASUL..moga penghayatan bukan terhenti setakat hari ini sahaja..teruskan istiqamah..jadikan hari ini sebagai titik tolak pembaharuan & peningkatan penhayatan kpd perjuangan dakwah Rasulullah saw..hayatilah & ingatilah baginda disetiap saat,setiap hari & setiap waktu..

Saturday, February 12, 2011

Dizziness???

In America , the owners of Willis Tower in Chicago have installed four glass box viewing platforms which stick out of the building 103 floors up.

The balconies are suspended 1,353 feet in the air and jut out four feet from the building's Skydeck. They are 4x10x10, made of solid glass, floor included...












Sebaik-baik pujian adalah kepada Tuhan - Allah. Benarlah, akal adalah anugerah yang tidak terhingga daripada-Nya. Dikurniakan supaya manusia dapat mengaplikasikan ke arah kebaikan.

Thursday, February 10, 2011

Peringatan untuk aweks-aweks. =D

AYAT AWEK

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawab teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

*Teguhlah mempertahankan diri. Lindungi maruah. Jauhi zina. Elakkan couple. Kawal pergaulan (ikhtilat). Anda selamat. Anda mampu mengubahnya ;)

Pencinta Kucing

Sebanyak 500 ekor kucing ini ditempatkan di satu kawasan lapang di Ponte Vedra Beach, Florida. Kira-kira 100 ekar tanah lapang dijadikan 'syurga' kucing. Ia dibina pada 2003 oleh Craig Grant. Yang menariknya, kucing ini adalah kucing terbuang dan kemudiannya tempat ini boleh dikatan sebagai 'rumah perlindungan untuk kucing'. Keunikannya kawasan 'syurga kucing' ini adalah terdapat rumah-rumah kecil yang menempatkan 'rumah' masing-masing, sebuah gereja, sebuah kolam, dan juga kincir air!






Kucing-kucing terbuang - masih ada yang peduli. Dari mati dijalan sebagai mati katak.

Rumah kecil yang comel.


Saya rasa ini gereja. Kucing pun ber'gereja' jugak?


Siap ada langsir warna merah lagi di rumah-rumah comel kucing ini.


Macam istana pun ada. :)






Sekitar rumah-rumah kucing.




Kolam dan kincir air untuk kemudahan kucing-kucing.



Sempat beri pose terbaik dihadapan rumah sendiri.



Kasihnya non muslim ini pada kucing sahabat Rasulullah ini. Anda? Bagaimana? Kadang-kadang saya rasa sedih dan separuh hati macam hilang bila tengok kucing kena langgar dengan kereta. Memang, kucing tak pandai melintas. Tak pandai nak tengok kanan dan kiri. Sebab takdek akal. Tapi, bukankah manusia ada akal dan hati? Perlukah bawa laju-laju sampai tak hiraukan satu nyawa walaupun hanya seekor haiwan yang tak mungkin akan dibicarakan ke mahkamah dunia?