Monday, December 27, 2010

Sakit itu Nikmat. Mati itu Hikmat.


Perkongsian mengenai sakit yang biasa kita alami. Rupa-rupanya ianya berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses
pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan
proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang
berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak
puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada
orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat
dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin
yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Apapun, sebenarnya segala penyakit ini tidak lain tidak bukan untuk menghapus dosa. Seperti Sabda Nabi SAW;

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yang menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa-dosanya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”

Oleh itu, kita mestilah bersabar menempuhi segala ujian diberikan. Kerana...

Suhaib bin Sinan radhiallahu ‘anh meriwayatkan, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Betapa ajaibnya seorang Mu’min (org yg beriman)! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, ttpi ianya tdk berlaku pd org lain kecuali kpd seorang Mu’min.. apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kpd Allah dan memperoleh ganjaran.. dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dgn penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjarannya..

Anas bin Malik radhiallahu ‘anh meriwayatkan: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah berfirman: Apabila Aku menguji hambaKu dgn dua perkara yg plg dicintainya (iaitu kedua-dua matanya; penglihatannya) dan ia menahannya dgn penuh kesabaran, Aku akan memberikannya Syurga sbg ganjaran (atas kesabarannya itu)..”

Lalu..kepada siapa mahu diluahkan rasa pedih dan segala sakit itu? Tentunya...

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Jika seorang hamba berterimakasih kepada Allah sebelum mengadukan kesakitannya, maka ia tidaklah dikira sebagai tidak sabar (dengan musibah).. Bahkan ianya adalah dituntut..

Nabi Allah Yaaqub ‘alaihissalam berkata: Sesungguhnya hanyalah kpd Allah aku adukan kesusahan dan kesedihanku.. (Yusuf: 86)

* Al-Fatihah untuk;

Arwah Siti Esah binti Mohamed yang meninggal dunia pada 13 November 2010.
Juga, kepada arwah Nabilah binti Anuar yang meninggal dunia pada 23 Disember 2010.
Tak lupa pada arwah ayah Dr Indriaty bin Ismail. Dan arwah suami Dr Kaseh.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Mereka menyusul dahulu, dan bila giliran kita? Sedia atau tidak. Kita dan mereka semua akan mati, mengadap Tuhan yang menciptakan kita. Marilah bermuhasabah di atas apa yang terjadi ke atas diri. Bukankah Allah juga telah mengingatkan kita di dalam Kalam-Nya?

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

Semoga kita yang masih hidup. Yang masih sihat. Yang masih gagah. Yang masih sempurna. Yang masih lega. Yang masih kuat. Sentiasa tidak lupa untuk mensyukuri segala nikmat-Nya yang tidak terhitung. Terkadang, kita rasa, kitalah yang lemah dan tak sempurna. Tapi ingatlah satu hakikat yang sebenarnya, ada lagi yang lebih sengsara. Ada lagi yang lebih derita. Bukankah Allah tidak akan membebankan manusia diluar batas kemampuan? Dan sedarlah, ketika Dia sedang membentangkan nikmat kesulitan dan kesakitan kepada kita, sebenarnya Dia sedang berbicara dengan kita. Supaya kita tidak alpa siapa Pencipta.