Assalamualaikum w.b.t
Salam bicara pembuka kata..
Semoga semua sihat hendaknya..
Orang Muflis, siapakah yang dimaksudkan?
Hal ni sudah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Semoga diri kita dijauhkan daripada menjadi sebahagian golongan orang2 yang MUFLIS..
Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang bertaubat,
Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal ini, justeru akan menambah kecintaan dan kedekatan (keakraban) seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah S.W.T sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.
Sebagaimana firmannya dalam surah Al-Baqarah: 222,
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah S.W.T. Dengan segala rahmatnya, Allah S.W.T memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surah Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
" mulakanlah harimu dengan memuji Allah,
seiring siulan burung ceria berterbangan,
berzikirlah dengan alunan asma al-husna,
bersyukurlah kita masih dibangkitkan,,
mulakanlah dgn usaha memuji Allah,
pergilah mencari rezeki semai bakti dan budi
carilah nikmat yang banyak berlandaskan syariat
agr hidup kita semua selamat.."
Wallahua'lam..
Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut..